Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Digesa Turun Padang - Zahid Hamidi


Semua pengerusi badan perhubungan UMNO negeri diminta turun padang bagi bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) termasuk tumpuan terhadap kawasan berpotensi mampu dirampas semula daripada pembangkang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zaid Hamidi berkata gendang perang sudah dipalu pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016 untuk semua jentera parti menggerakkan usaha bagi memenangi PRU akan datang.

Sesi Penggulungan Perhimpunan Agung UMNO Kembali Kepada Tradisi #PAU2016


Sesi penggulungan untuk Perhimpunan Agung UMNO tahun ini akan kembali kepada tradisinya iaitu ucapan penggulungan akan dilakukan oleh pucuk pimpinan utama parti.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu diputuskan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak pada mesyuarat Majlis Tertinggi Khas parti yang diadakan malam ini.

“Tahun ini kita balik kepada tradisi, anggota MT yang berkenaan akan diberi peluang, presiden (Najib) telah memberitahu tadi,” kata Annuar ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat itu.

YBM Tengku Adnan Terima Kunjungan Timbalan Setiausaha Agung Parti Demokrasi Filipina #PAU2016


Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menerima kunjungan daripada Timbalan Setiausaha Agung Parti Demokrasi Filipina, Raoul Loyola Lambino sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 di sini hari ini.

Selamat Bersidang #PAU2016


Perhimpunan Agung UMNO Disertai 2,643 Perwakilan Dari 191 Bahagian #PAU2016


Seramai 2,643 perwakilan dari 191 Bahagian memulakan Perhimpunan Agung UMNO 2016 dengan dihadiri oleh kepimpinan barisan kepimpinan parti dan barisan Majlis Tertinggi termasuklah barisan pemimpin pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

Dalam laporannya, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan bahawa Perhimpunan Agung tersebut bukanlah semata-mata untuk meneruskan perjuangan parti demi bangsa, agama dan negara.

“Perhimpunan ini juga adalah bukti bahawa, UMNO adalah parti yang mempunyai struktur yang mantap, organisasi yang tersusun, ada Perlembagaan dan peraturan serta patuh pada perundangan Akta Pertubuhan.”

Perbarisan, Acara Naik Bendera Buka Tirai Perhimpunan Agung UMNO 2016


Majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2016 dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan dan acara menaikkan bendera UMNO di Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden UMNO tiba pada 9 pagi bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan disambut Ketua Pergerakan Wanita Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri Datuk Mas Ermieyati Samsudin.