Anifah Aman Akan Bertemu Suu Kyi Berhubung Isu Rohingya


Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar dan Kaunselor Negara Myanmar Aung San Suu Kyi berhubung penghapusan etnik Rohingya yang didakwa berlaku di Rakhine, sebuah negeri di negara itu.

Timbalan Menteri, Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pertemuan itu akan diadakan secepat mungkin dan Malaysia meminta kerajaan Myanmar supaya mengambil tindakan segera bagi menangani perkara tersebut.

Teks Ucapan Penuh Presiden UMNO Pecah Tanah Pembangunan KL Putra World Trade #PAU2016


MAJLIS PECAH TANAH PEMBANGUNAN KL PUTRA WORLD TRADE CENTRE

TARIKH : 29HB NOVEMBER 2016 (SELASA)
MASA : 5.15 PETANG
TEMPAT : ARAS 4 (ARAS BUMBUNG), HENTIAN PUTRA, KUALA LUMPUR

Pemuda Minta Kaji Keanggotaan Myanmar Dalam ASEAN #PAU2016


Nasib etnik Rohingya mendapat perhatian pada persidangan tiga sayap UMNO hari ini, dengan Pemuda UMNO mendesak keanggotaan Myanmar dalam ASEAN dikaji semula berikutan penindasan dan kekejaman terhadap etnik itu.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata prinsip tidak campur tangan tidak boleh diguna pakai apabila berlakunya pemusnahan etnik besar-besaran dalam sebuah negara ASEAN.

Insya-Allah, Perjuangan Murni UMNO Ini Akan Terus Dirahmati Allah SWT - @NajibRazak


Anggota UMNO diingatkan supaya sentiasa memelihara kepentingan rakyat dan mengukuhkan perpaduan dalam parti.

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata peringatan itu sentiasa disebutkan dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung UMNO saban tahun dan beliau yakin melalui pegangan itu, UMNO mempunyai motivasi kuat untuk terus memimpinnegara ke arah kejayaan.

Umno Bahagian Kunci Kemenangan BN Pada PRU14


SEJAK dari Pilihan Raya Umum (PRU) pertama, Umno mencatatkan rekod kemenangan yang tidak pernah menghampakan.

Mungkin kerana tidak mampu melawan kekuatan Umno ini, maka pembangkang mula gunakan senjata fitnah untuk tumbangkan UMNO.

Pembangkang memfitnah kononnya PRU di negara kita tidak adil dan bersih. Maka, lahirlah Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH).

Bayaran Haji 2017 Kekal RM 9,980


Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) memutuskan untuk mengekalkan bayaran haji tahun depan pada kadar RM9,980 untuk setiap jemaah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bagaimanapun berkata, kos menunaikan haji secara muassasah meningkat kepada RM19,550 seorang berbanding RM18,890 seorang ketika ini berikutan kos penginapan, pengangkutan, makan minum dan lain-lain perkhidmatan yang turut bertambah.

PM Lahirkan Kebimbangan Pertembungan Fizikal Antara Geng Baju Kuning & Merah


Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan perasaan bimbang sekiranya berlaku pertembungan fizikal antara penunjuk perasaan 'Baju Merah' dan 'Baju Kuning' semasa menganjurkan perhimpunan Bersih 5.0 yang dirancang di Kuala Lumpur Sabtu ini.

"Jika sebelah pihak mahu membuat bantahan dan sebelah pihak lagi mahu melindungi kerajaan dan terpanggil untuk hadir...tetapi saya tidak mahu sebarang pertembungan fizikal.

Parti Politik Baharu Adalah 'Virus' Perpecahan - Sultan Johor


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah 'virus' perpecahan yang datang ke negeri ini berpunca dari parti politik baharu dan ahlinya yang menjadi penyebar sehingga menghentam kerajaan serta menghasut rakyat membenci pemimpin.

Titah baginda, apabila rakyat dijangkiti virus itu kehidupan rakyat dan kemakmuran negara akan musnah kerana ia amat merbahaya dan sukar diubati.