Yang DiPertuan Agong Ke-15 Ditentukan Esok Oleh Majlis Raja-Raja


Mesyuarat Majlis Raja-Raja Khas dijadualkan diadakan esok bagi memilih siapakah yang bakal menjadi Yang diPertuan Agong ke-15.

Ketika ini, jawatan Yang di Pertuan Agong ke-14 disandang oleh Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkuat kuasa 13 Disember 2011.

Tempoh perkhidmatan Tuanku Abdul Halim yang merupakan Sultan Kedah akan berakhir 12 Disember ini.