30 SEPTEMBER 2016
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dan Salam 1 Malaysia.
Rakyat Malaysia yang dikasihi,
Seorang pemimpin Islam sebenarnya mempunyai tanggungjawab berat dalam menyatupadukan umat. Saya sangat berpegang kepada prinsip ini kerana ia merupakan seruan di dalam kitab suci Al-Quran.
Allah SWT berfirman, "Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah bercerai-berai dan berselisihan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata dan mereka yang bersifat demikian akan beroleh azab seksa yang besar." Surah Al Imran, Ayat 105.