Penstrukturan Semula Jemaah Menteri Persekutan Dalam Masa Terdekat - PM



Penstrukturan semula jemaah menteri Persekutan akan dibuat dalam masa terdekat selepas peletakan jawatan Datuk Amar Douglas Uggah Embas sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi dan pemergian timbalannya Allahyarham Datuk Noriah Kasnon, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Penstrukturan semula Jemaah Menteri Persekutuan dan lantikan baharu bagi memenuhi keperluan terkini serta pengisian jawatan akan diumumkan dalam masa terdekat," katanya dalam entri terbarunya di blog NajibRazak.com.

Tabung Usahawan Belia Bakal Ditubuhkan Untuk Membantu Pembangunan Belia



Kerajaan akan menubuhkan Tabung Usahawan Belia dengan peruntukan dana permulaan RM500 juta dalam usaha membantu golongan belia memajukan diri dalam bidang keusahawanan.

Penubuhan tabung ini diharap dapat menyelaraskan pelbagai tabung berkaitan pembangunan dan keusahawanan belia yang dikendalikan oleh beberapa agensi sebelum ini.

3 Asas Kejayaan UMNO 70 Tahun - @NajibRazak #UMNO70


Datuk Seri Najib Razak berkata asas kejayaan UMNO sepanjang 70 tahun ini adalah kerana kesatuan, nilai kebangsaan dan kesetiaan sepanjang hayat ahli kepada parti. Presiden UMNO berkata, tiga asas itu adalah kekuatan luar biasa yang menjadikan UMNO parti paling berjaya di dunia.

Katanya, intipati kejayaan UMNO itu sendiri terletak pada namanya sendiri iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ( UMNO), iaitu bersatu.

Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Kekal Agenda UMNO - PM

Sejak UMNO ditubuhkan pada 1946, pemerkasaan ekonomi Bumiputera kekal sebagai satu daripada agenda perjuangan parti demi memastikan masyarakat itu menikmati kehidupan yang lebih baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata ini terbukti melalui usaha-usaha pembasmian kemiskinan yang dilakukan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) dan UMNO sejak sekian lama serta memperkenalkan dasar mewujudkan kelas pertengahan yang terdiri daripada golongan profesional.

Malah, katanya kewujudan pelbagai institusi seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Tekun Nasional juga merupakan sebahagian daripada perjuangan UMNO memperkasakan ekonomi Bumiputera.

Gabenor Bank Negara Malaysia Akui GST, Rasionalisasi Subsidi Banyak Bantu Negara - PM


Putrajaya - Pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan rasionalisasi subsidi diakui oleh Gabenor Bank Negara baharu Datuk Muhammad Ibrahim sebagai langkah berani yang diambil kerajaan untuk membantu negara menghadapi ketidaktentuan ekonomi dunia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan berkata perkara itu dimaklumkankan kepadanya dalam perbualan beliau dengan Muhammad baru-baru ini.

Menurut beliau, Muhammad berpendapat sekiranya langkah-langkah berkenaan tidak diperkenalkan, negara mungkin berdepan dengan nasib yang sama seperti Greece.

KTMB Jawab Isu Kemalangan Tren


Kesilapan pemandu lokomotif melanggar syarat perjalanan dikatakan antara punca kereta api Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) berlanggar dengan sebuah tren Keretapi Tanah Melayu (KTM) 13 gerabak di Stesen Komuter Batang Kali, tengah hari tadi.

Pengerusi Lembaga Pengarah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Ir. Nawawi Ahmad berkata, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi menjalankan siasatan termasuk melakukan pemeriksaan ke atas kedua-dua tren berkenaan.

Kerajaan DAP Pulau Pinang Belanjakan RM305 Juta Untuk Kertas Kerja Biasa? - Rahman Dahlan


KENYATAAN MEDIA
Abdul Rahman Dahlan
Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional

6 Mei 2016

Untuk Siaran Segera

1. Pada November 2015, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dari Pulau Pinang mengemukakan usul pada Sidang DUN supaya semua projek tambakan laut di negeri itu dibentang untuk pendengaran awam sebelum dimuktamadkan.

Bagaimanapun, lima ADUN PKR tidak mengundi manakala seorang wakil rakyat DAP menyokong usul berkenaan.

Insiden itu menimbulkan kemarahan Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang mendakwa tindakan enam ADUN itu sebagai 'menikamnya dari belakang'.