Susulan keadaan jerebu yang kembali melanda beberapa kawasan pada masa ini, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan orang ramai berjaga-jaga dan mengurangkan aktiviti luar.
"Saya lihat jerebu telah kembali di beberapa kawasan. Saya harap semua berjaga-jaga, terutama yang bekerja atau selalu berada di luar. Pakai topeng muka dan sebagainya.