Jangan Khianati Perjuangan Parti Kerana Agenda Peribadi - Presiden UMNO @NajibRazak


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan kepimpinan dan anggota UMNO supaya tidak mengkhianati perjuangan parti demi kepentingan agenda peribadi sehingga menggadai maruah diri.

Datuk Seri Najib yang juga Presiden UMNO berkata perjuangan politik yang berlandaskan moral dan prinsip perlu dipertahankan bagi menghadapi pelbagai cabaran dan isu dalam negara.

"Dalam politik, kita mesti ada moral dan prinsip...kalau buat apa-apa pun mesti berpegang kepada Perlembagaan negara, kalau tidak, negara akan huru-hara.

Rakyat Dapat Banyak Manfaat Dari UTC & RTC @NajibRazak


Istilah ‘kerenah birokrasi’ sering kita dengar sejak dahulu lebih-lebih lagi melibatkan urusan rakyat dengan agensi-agensi Kerajaan. Namun, sama ada sedar atau tidak, perkara ini sudah semakin kurang menjadi topik buah mulut di kalangan rakyat Malaysia.

Kerenah birokrasi yang sebelum ini sering memberi gambaran negatif kepada tahap penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat kini bukan sahaja semakin berkurangan, malah telah berjaya menukar persepsi dan realiti negatif rakyat kepada positif.

The Pan Borneo Highway, A Promise Delivered By PM @NajibRazak To Sabah & Sarawak #RespectMyPM


The Pan Borneo Expressway, costing more than RM16 billion, is a testament of the government's seriousness in fulfilling its promises to develop Sabah and Sarawak, said Prime Minister Datuk Sri Najib Razak. 

He said what was needed was continuity in the state administration so that efforts by the government to develop the local community could continue.

Program Transformasi Pasar Malam Naikkan Imej Perniagaan - Tengku Adnan


Kementerian Wilayah Persekutuan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melancarkan Program Transformasi Pasar Malam bagi menaik taraf sistem pengurusan dan imej perniagaan itu. 

Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata pihaknya dan DBKL akan memberikan beberapa barangan logistik secara percuma kepada peniaga yang layak. 

Zeti Akhtar Aziz Jelaskan Tiada Sesiapa Paksa Beliau Bersara


Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz menegaskan tiada ‘tangan ajaib’ yang memaksanya untuk menamatkan perkhidmatan dengan bank pusat itu setelah memegang jawatan itu selama 16 tahun.

Sebaliknya, beliau berkata, pilihan untuk bersara adalah keputusannya sendiri setelah bertugas di BNM sejak 35 tahun lalu.

Zeti, yang kini berusia 68 tahun merupakan antara tokoh penting di peringkat pembuat dasar sehingga berjaya mengeluarkan Malaysia daripada menerima kesan paling buruk akibat Krisis Kewangan Asia pada 1997 dan 1998.

Rakyat Sarawak Bakal Nikmati Rumah


Kerajaan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah meluluskan 9,038 unit rumah di bawah program Skim MyHome.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 132 buah unit daripadanya telah diluluskan dengan syarat bagi tiga projek melibatkan dua di Sibu dan satu di Kuching, kata Timbalan Menterinya, Datuk Halimah Mohamad Sadique.

Jelasnya lagi, beberapa kriteria telah ditetapkan bagi pemohon yang berminat untuk memohon rumah di bawah skim tersebut.

JAKIM Rangka Dasar Pendidikan Tahfiz Negara - PM @NajibRazak


Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang merangka Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) bagi memperkasakan institusi pendidikan tahfiz al-Quran di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, beliau menyarankan madrasah-madrasah tahfiz di negara ini supaya turut memberikan pandangan dan cadangan kepada pembangunan DPTN dalam usaha memastikan institusi pendidikan tahfiz al-Quran terus subur di Malaysia.

“Saya sendiri akan memberikan perhatian secara peribadi kepada pembentukan dan pelaksanaan DPTN,” katanya ketika berucap pada Himpunan 20,000 Huffaz dan perasmian Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA Kebangsaan) di Masjid Wilayah di sini, malam Ahad.

Pelaburan Asing Wujudkan Lebih 10,000 Peluang Pekerjaan


Pembangunan ibu pejabat serantau China Railway Group Limited (CREC) di Bandar Malaysia dijangka mewujudkan 10,000 peluang pekerjaan di Malaysia.

Menurut rakan kongsi pemaju Bandar Malaysia, Iskandar Waterfront Holdings (IWH), ini selaras dengan inisiatif utama Bandar Malaysia iaitu mengurangkan penghijrahan tenaga mahir Malaysia keluar negara.

Bandar Malaysia akan dibangunakan secara bersama oleh Kementerian Kewangan dan Consortium IWH-CREC.

Selamat Bersidang Cawangan UMNO Seluruh Wilayah Persekutuan


Skandal Pembelian Rumah : NGO Buat Laporan Polis Terhadap Lim Guan Eng


Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Sensible, Ethical Malaysian United Team (SEMUT) hari ini telah membuat satu laporan polis terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung pembelian sebuah rumah dengan harga luar biasa rendah.

Menurut Pengerusinya, Zaparudin Abdul Rahim berkata susulan daripada pendedahan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya di Parlimen semalam, pihaknya mendesak agar satu siasatan dibuat oleh pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pemimpin DAP itu.

Fahami Kebaikan GST Secara Tuntas


Kebanyakan kritikan pembangkang terhadap Bajet 2014 lebih bersifat politik semata-mata. Antara yang menjadi sasaran ialah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada 1April 2015. Pembangkang mahu mengelirukan rakyat kononnya GST menzalimi dan membebankan kehidupan rakyat.

Ia sebenarnya adalah usaha pembangkang untuk mewujudkan momentum kebencian rakyat terhadap kerajaan. Pembangkang tidak menghiraukan fakta sebenar GST yang akan dilaksanakan kerajaan mulai April 2015. Ia satu sikap yang tidak bertanggungjawab dan satu usaha mensabotaj pelaksanaannya.

Sepatutnya pembangkang melihat pelaksanaan GST secara holistik dan realistik. Pembangkang juga sepatutnya sedar bahawa ianya akan mula dilaksanakan kira-kira 17 bulan dari sekarang.

Hishamuddin Tidak Takut Ugutan Culik Oleh Daesh


Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein hari ini berkata beliau tidak takut dengan cubaan oleh kumpulan Daesh untuk menculik beliau, tahun lalu, bagaimanapun ugutan kumpulan pengganas itu tidak boleh dipandang ringan.

“Saya tidak gentar, ia bukan kerana diri saya (untuk diculik), tetapi kerana jawatan yang saya pegang.

“Apapun saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk memastikan keselamatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan menteri kabinet lain terjamin,” katanya kepada pemberita selepas melawat Rumah Keluarga Angkatan Tentera di Pangkalan Tentara Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini.