Cuaca Panas Fenomena El Nino Sehingga Mac Ini


Cuaca panas yang melanda negara sejak awal Januari ini dijangka berterusan sehingga Mac ini berikutan fenomena El Nino, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Datuk Che Gayah Ismail.

Sehubungan itu beliau berkata, orang ramai diminta supaya tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka dan banyakkan meminum air bagi mengelakkan hidrasi.

#DemiRakyat Kerajaan Umum Pengurangan 3% Sumbangan KWSP Pekerja


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan sumbangan pekerja kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dikurangkan sebanyak tiga peratus.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kadar caruman majikan dikekalkan.

Kerajaan Perkenal #MyBeras Bantu 20kg Untuk Keluarga Miskin Berdaftar


Kerajaan memberi jaminan beras yang akan diberikan secara percuma di bawah program MyBeras adalah yang berkualiti, bukannya bermutu rendah.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata kemungkinan beras ST10 dan ST5 akan dibekalkan kepada penerima layak yang terdiri daripada golongan miskin.

Pengganas Sudah Dipulihkan Bagi Deradikalisasi Ekstremis Di Bawah POTA


Malaysia menggunakan pengganas yang sudah berjaya dipulihkan sebagai contoh dan teladan baik dalam kaedah untuk proses deradikalisasi ekstremis, yang ditahan di bawah Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kaedah itu merupakan satu daripada empat bahagian dalam modul negara bagi program deradikalisasi dan pemulihan.

“Bekas pengganas atau individu yang sudah berjaya dipulihkan boleh menjadi contoh baik dan mampu memujuk bekas rakan seperjuangan untuk meninggalkan perjuangan mereka yang telah disalah tafsir.

Respon Balas Terhadap Fitnah Yang Mengatakan Wang Pendeposit Tidak Selamat Di Tabung Haji

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memberi jaminan kepada para pendeposit-nya bahawa simpanan mereka di TH adalah selamat.

TH telah menjadi sasaran pelbagai spekulasi di dalam laman-laman sosial dan blog sejak beberapa hari ini mengenai tarikh pembayaran Bonus Pendeposit TH 2015 dan surat Bank Negara Malaysia (BNM) .

Seperti yang telah dinyatakan oleh TH, tarikh pengumuman dan pembayaran Bonus TH adalah kebiasaannya pada suku pertama setiap tahun (Jan – Mac). TH ingin memberi jaminan bahawa tidak terdapat sebarang kelewatan dalam mengumumkan bonus kepada para pendeposit. Sebelum pengumuman dibuat, TH perlu mengambil kira keadaan ekonomi semasa, memastikan semua proses auditan dilalui dan kelulusan dalaman diperolehi sebagai sebahagian daripada proses urus tadbir yang baik.

Persepsi TPPA Adalah Penjajahan Amerika, Kuasa Besar Tidak Benar Sama Sekali


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, persepsi bahawa Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) merupakan suatu bentuk penjajahan oleh Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa besar adalah tidak benar sama sekali.

Perdana Menteri menegaskan realitinya ialah penyertaan Malaysia dalam TPPA adalah dengan mengambil kira sepenuhnya kepentingan serta pulangan jangka panjang perjanjian ini kepada negara dan rakyat Malaysia khususnya.

“TPPA pastinya akan membuka lebih banyak ruang kepada Malaysia untuk meneroka pasaran baharu di negara-negara TPPA terutama di Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru,” katanya dalam catatan di laman Facebooknya.

Biro Kebajikan UMNO WP Hulurkan Sumbangan Alat Penghawa Dingin Ke Tabika Perpaduan PPR Jalan Jelatek


Wilayah Prihatin Biro Kebajikan UMNO Wilayah Persekutuan menyampaikan sumbanhan berupa 2 unit pendingin hawa di Tabika Perpaduan PPR Jalan Jelatek.

Sumbangan disampaikan sendiri oleh Pengerusi nya sendiri saudara Mohd Rafi Datuk Alli Hassan dan turut diiringi AJK Biro.

UMNO WP Sampaikan Bantuan Kewangan Kepada Keluarga Pelajar Malaysia Yang Terkorban Di Jordan


Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dan Biro Kebajikan UMNO Wilayah Persekutuan menyampaikan sumbangan kepada keluarga pelajar Malaysia Fatin Iqmal Idziyani yang meninggal dunia akibat kemalangan di Jordan baru-baru ini.

Sumbangan mewakili YB Menteri Wilayah Persekutuan DS Tengku Adnan disampaikan oleh Setiausaha Politik saudara Mohd Rafi Alli Hassan dan sumbangan daripada Ketua UMNO Bahagian Cheras DS Syed Ali AlHabshee dan Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan disampaikan oleh Ketua Pemuda UMNO Cheras saudara Johari.

Tabung Haji Jawab Spekulasi Pengumuman Bonus Pendeposit


Assalammualaikum,

Pihak kami ingin menyaran kepada semua umat Islam di negara ini dan juga para pendeposit TH ini agar tidak membuat spekulasi berkaitan dengan tarikh pengumuman Bonus Pendeposit TH.

Pada kelazimannya TH akan mengumumkan Bonus Pendeposit pada suku pertama (Jan - Mac ) tahun semasa. TH perlu memastikan semua proses auditan awalan dilalui dan kelulusan dalaman diperolehi.