PM Lahirkan Kebimbangan Pertembungan Fizikal Antara Geng Baju Kuning & Merah


Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan perasaan bimbang sekiranya berlaku pertembungan fizikal antara penunjuk perasaan 'Baju Merah' dan 'Baju Kuning' semasa menganjurkan perhimpunan Bersih 5.0 yang dirancang di Kuala Lumpur Sabtu ini.

"Jika sebelah pihak mahu membuat bantahan dan sebelah pihak lagi mahu melindungi kerajaan dan terpanggil untuk hadir...tetapi saya tidak mahu sebarang pertembungan fizikal.
"Malah rusuhan ala Arab Spring yang kononnya tanda bermulanya era perubahan, tetapi sebaliknya, ia membawa kepada kesengsaraan kepada rakyat yang terlibat," katanya.

Rusuhan Arab Spring adalah siri protes antikerajaan, iaitu kebangkitan rakyat dan pemberontakan bersenjata yang tersebar di Timur Tengah pada awal tahun 2011.

Bersih, yang memilih warna kuning sebagai lambang perjuangan mereka, adalah sebuah pergerakan yang menuntut pembaharuan sistem pilihan raya di Malaysia, dan merancang untuk menganjurkan perhimpunan pada Sabtu ini di Dataran Merdeka di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.