Pemuda Minta Kaji Keanggotaan Myanmar Dalam ASEAN #PAU2016


Nasib etnik Rohingya mendapat perhatian pada persidangan tiga sayap UMNO hari ini, dengan Pemuda UMNO mendesak keanggotaan Myanmar dalam ASEAN dikaji semula berikutan penindasan dan kekejaman terhadap etnik itu.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata prinsip tidak campur tangan tidak boleh diguna pakai apabila berlakunya pemusnahan etnik besar-besaran dalam sebuah negara ASEAN.

Pemuda UMNO juga mendesak kerajaan Myanmar untuk mengambil tindakan segera bagi menghentikan segala bentuk kekejaman terhadap etnik itu dengan serta-merta

Beliau berkata ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Pada awal ucapannya, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan turut menarik perhatian perwakilan dengan satu klip video yang menunjukkan kekejaman terhadap etnik Rohingya di Myanmar.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.