Anifah Aman Akan Bertemu Suu Kyi Berhubung Isu Rohingya


Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar dan Kaunselor Negara Myanmar Aung San Suu Kyi berhubung penghapusan etnik Rohingya yang didakwa berlaku di Rakhine, sebuah negeri di negara itu.

Timbalan Menteri, Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pertemuan itu akan diadakan secepat mungkin dan Malaysia meminta kerajaan Myanmar supaya mengambil tindakan segera bagi menangani perkara tersebut.
Katanya, seorang pegawai kanan Wisma Putra telah mengadakan perjumpaan dengan duta besar Myanmar untuk menyampaikan keprihatinan Malaysia tentang keadaan di Myanmar itu.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Konsul Asia Timur Ficac keempat di sini.

Jumaat lepas, kira-kira 1,000 orang mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kedutaan Myanmar di sini bagi membantah kekejaman yang dilakukan terhadap umat Islam Rohingya di negara itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.