Kesepakatan UMNO Pemangkin Kepada Penyatuan Orang Melayu & Islam


KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, pemimpin parti perlu turun padang mendekati golongan sasaran bagi memastikan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) tidak terhakis menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

"Semua peringkat kepimpinan UMNO perlu berjumpa dengan rakyat dan kumpulan sasar, selami permasalahan mereka secara ikhlas dan berhemah," tegasnya.
Beliau menjelaskan, beberapa golongan sasasaran seperti generasi muda, warga pendidik dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) perlu diberikan tumpuan kerana golongan berkenaan mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat.

"Mereka ini ternyata berperanan dalam sesuatu komuniti disamping mempunyai pertalian dengan masyarakat terutama di peringkat akar umbi," tegasnya.

Beliau mengambil contoh bagaimana warga pendidik memiliki pengaruh tersendiri untuk memberi kesedaran kepada rakyat berhubung keberkesanan UMNO sebagai tonggak kepada kerajaan yang memerintah.

"Tetapi maloangnya adakala kita lihat warga pendidik seolah-olah disisihkan, sedangkan pada suatu ketika dulu mereka (kalangan guru) merupakan aset penting yang memperkasakan perjuangan UMNO," ujarnya.

Syed Ali juga mengingatkan golongan mahasiswa di IPTA dan IPTS merupakan elemen terpenting yang mampu menpengaruhi pola dan corak pengundi pada sesuatu PRU.

Golongan ini ujar beliau, perlu diberikan pendekatan yang lebih konsisten dengan penyaluran maklumat yang tepat dan cepat berhubung sesuatu isu.

"Masayarakat kampus sekarang ini lebih aggresif dan mempunyai tahap pemikiran kritikal, mereka cepat terkesan dengan beberapa isu masa kini yang memerlukan kaedah penyelesaian yang lebih efektif," katanya.

Tambah beliau lagi, UMNO juga perlu melihat sumbangan pengundi muda terutama di kalangan 'generasi Y' yang merupakan majoriti pendaftar pemilih pada PRU akan datang.

Untuk itu katanya, semua pihak dalam kepimpinan UMNO perlu bekerja keras bagi memastikan ketiga-tiga golongan tersebut mendapat perhatian dan tidak tersisih daripada wadah perjuangan parti.

"Mereka ini perlu didekatkan dengan aspirasi dan perjuangan UMNO," katanya sambil menjelaskan golonagn berkenaan sebenarnya sentiasa menyokong perjuangan UMNO tetapi kadangkala mereka tersisish.

Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan turut menekankan bahawa konsep setia kepada parti perlu dipupuk disetiap peringkat bagi memastikan kesetiaan itu terus berkekalan.

"Setia kepada partiu merupakan anak kunci kekuatan UMNO sejak mula ditubuhkan walaupun pada peringkat tertentu berlaku pergeseran yang membawa pengunduran seseorang pemimpin," tegasnya.

Pengundurans eseorang pemimpin jelas beliau, tidak bermakna UMNO menjadi lemah sebaliknya lebih menguatkan lagi parti kerana sudah tidak lagi anasir-anasir yang bersifat seperti 'api dalam sekam'.

Katanya, berkat bersatu dan setia itu juga yang menjadikan UMNO sentiasa dihormati dan disegani oleh pihak lawan.

Malah tegas beliau, kesepakatan dalam UMNO turut menjadi pemangkin kepada penyatuan seluruh orang Melayu dan umat Islam sehingga berada di tahap sekarang.

"Mama ada parti yang sekukuh UMNO, mana ada parti yang mampu membela nasib orang Melayu dan turut peduli kepada bukan Melayu sebagai rakyat berbilang kaum di negara ini," tegasnya.

dalam pada itu, Syed Ali juga mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya sentiasa memebrikan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada puicuik pimpinan parti.

"Dalam apa juga kedaaan, ahli-ahli UMNO dituntut supaya memberikan kesetiaan kepada pucuk pimpinan demi kepentingan parti walaupun kadangkala berlaku percanggahan pandangan," tegasnbya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.