Ringgit Malaysia Mata Wang Paling Kukuh


Ringgit mencatatkan pengukuhan terbaik dalam kalangan mata wang negara-negara membangun apabila dibuka RM4.0935 pada sesi pagi ini ekoran jangkaan bahawa Amerika Syarikat (AS) akan menangguhkan kenaikan kadar faedahnya.

Mata wang negara itu pulih daripada RM4.1455 berbanding dolar AS yang dicatatkan pada Jumaat lalu.
Peratusan peningkatan oleh ringgit itu adalah sekitar 1.4 peratus iaitu yang terbaik sejak 30 Mac lalu.

Statistik jumlah pekerjaan di AS yang lemah dilaporkan pada Jumaat lalu dilihat bakal menjadi penilaian oleh Rizab Persekutuan AS untuk menangguhkan kadar faedahnya.

Sejak awal bulan lalu, nilai mata wang negara-negara mengalami kemerosotan disebabkan spekulasi AS akan menaikkan kadar faedahnya yang membuatkan pelabur-pelabur antarabangsa memindahkan dana-dana mereka ke pasaran AS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.