Tabung Usahawan Belia Bakal Ditubuhkan Untuk Membantu Pembangunan Belia



Kerajaan akan menubuhkan Tabung Usahawan Belia dengan peruntukan dana permulaan RM500 juta dalam usaha membantu golongan belia memajukan diri dalam bidang keusahawanan.

Penubuhan tabung ini diharap dapat menyelaraskan pelbagai tabung berkaitan pembangunan dan keusahawanan belia yang dikendalikan oleh beberapa agensi sebelum ini.

Tabung ini akan dikendalikan oleh Kementerian Belia dan Sukan sepenuhnya.

Diharap dengan adanya peruntukan dana seperti ini akan meningkatkan lagi semangat para belia dan persatuan belia untuk terus berkembang dan berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.