3 Asas Kejayaan UMNO 70 Tahun - @NajibRazak #UMNO70


Datuk Seri Najib Razak berkata asas kejayaan UMNO sepanjang 70 tahun ini adalah kerana kesatuan, nilai kebangsaan dan kesetiaan sepanjang hayat ahli kepada parti. Presiden UMNO berkata, tiga asas itu adalah kekuatan luar biasa yang menjadikan UMNO parti paling berjaya di dunia.

Katanya, intipati kejayaan UMNO itu sendiri terletak pada namanya sendiri iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ( UMNO), iaitu bersatu.

"Keduanya, UMNO berjaya memecah tembok kedaerahan dan kenegerian dengan membawa perjuangan atas semangat kebangsaan, ...inilah kuasa luar biasa sehingga penjajah menyedarinya dan menyerahkan bumi ini kepada rakyat Malaysia.

"Ketiga, ..kesetiaan kepada parti dalam apa juga keadaan walaupun kita tidak bersetuju, walau kita berbalah dan wujud perbezaan pendapat, ...mana ada parti politik yang tiada perbezaan pendapat, berbalah tapi kita kena ada disiplin dalam parti. Kena bertaut pada rasa, kasih sayang dan kesetiaan kepada parti, " katanya berucap sempena sambutan ulang tahun ke-70 UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam ini.

Najib mengulangi ikrarnya untuk tidak mengkhianati UMNO hingga akhir hayatnya jika ditakdirkan beliau berselisih faham dengan penggantinya.

"Saya tidak akan keluar UMNO kerana parti ini besar jasanya kepada orang Melayu, rakyat Malaysia, keluarga saya dan diri saya," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.