Malaysia Tidak Perlu Campur Tangan Asing Untuk Majukan Negara - PM @NajibRazak


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa Malaysia tidak memerlukan campur tangan asing untuk mencorak dan menentukan hala tuju negara.

Beliau berkata urusan dalam negara selayaknya ditentukan oleh rakyat sendiri kerana formula itu telah terbukti berjaya.

"Kita jangan minta orang asing campur tangan dalam hal urusan kita. Biarlah urusan dalam negera ditentukan oleh rakyat sendiri," katanya di Stadium Mini Tapah.

Datuk Seri Najib memberikan contoh Permodalan Nasional Bhd (PNB) merupakan antara institusi yang boleh dibanggakan kerana bukan sahaja berjaya memiliki pelbagai hartanah di kawasan tertentu dalam negara, malah di seberang laut.

"Inilah (PNB) salah satu kejayaan kita selama ini yang boleh kita banggakan, (hartanah) yang dulunya dimiliki oleh orang asing di London dan sebagainya sekarang ini dimiliki oleh rakyat Malaysia," katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata contoh kejayaan Malaysia yang dibentuk mengikut acuan tersendiri adalah Malaysia Airport Holdings Bhd (MABH) yang menjadi pemilik penuh dan pengendali Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha GGokcen di Istanbul, Turki.

"Lapangan terbang ini telah mencatat pertumbuhan yang paling pantas di Eropah selama lima tahun berturut-turut," katanya.

Selain itu perdana menteri berkata Malaysia perlu mempunyai strategi tersendiri untuk menjadi juara di peringkat rantau serta global dan bukannya hanya memikirkan soal tempatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.