Akta Baharu Pelihara Hal Bumiputera Apabila TPPA Dilaksanakan - Mustapa


Kerajaan akan memperkenalkan satu akta baharu yang bakal memelihara hak bumiputera apabila Per-janjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dilaksanakan kelak.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata akta itu yang akan dikenali sebagai Akta Syarikat Pemilikan Kerajaan bertujuan untuk memastikan syarikat milik kerajaan dan berkaitannya dapat bersaing secara adil dengan syarikat asing.
Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk Khazanah Nasional Bhd dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang berbincang bersama Pejabat Peguam Negara bagi penubuhan Akta itu yang akan dilaksanakan dalam tempoh empat tahun lagi.

"Akta tersebut bakal membantu syarikat berkaitan kerajaan termasuk Khazanah dan Petronas untuk mematuhi perjanjian TPPA," kata Mustapa.

Menurutnya, akta tersebut bakal memberikan peruntukan ruang sebanyak 40 peratus kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera untuk bersaing mendapatkan projek-projek yang dibuka oleh GLC manakala lebihan 60 peratus akan dibuka kepada syarikat lain dan juga syarikat asing.

Mustapa berkata demikian pada satu program minum petang bertajuk 'Masa Depan TPP: Menjalin Hubungan Dengan Misi Diplomatik Negara-Negara Ahli Untuk Meneroka Peluang dan Pasaran di Negara-Negara Berkenaan'.

Beliau berkata akta tersebut dijangka dapat meningkatkan lagi ketelusan serta menambah baik tadbir urus syarikat GLC di samping membantu syarikat-syarikat tersebut mengamalkan standard yang lebih tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.