Rakyat Sarawak Bakal Nikmati Rumah


Kerajaan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah meluluskan 9,038 unit rumah di bawah program Skim MyHome.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 132 buah unit daripadanya telah diluluskan dengan syarat bagi tiga projek melibatkan dua di Sibu dan satu di Kuching, kata Timbalan Menterinya, Datuk Halimah Mohamad Sadique.

Jelasnya lagi, beberapa kriteria telah ditetapkan bagi pemohon yang berminat untuk memohon rumah di bawah skim tersebut.
"Kriteria tersebut adalah pemohon mestilah warganegara Malaysia, berumur 18 tahun keatas, pembelian rumah yang pertama, pendapatan isi rumah mestilah tidak melebihi RM3000 sehingga RM4000 bagi program Skim MyHome 1, sementara program Skim MyHome 2 pula pendapatan isi rumah mestilah tidak melebihi RM4001 sehingga RM6000.

"Skim MyHome merupakan insiatif kerajaan dalam menggalakkan lebih ramai yang berupaya untuk memiliki rumah dengan harga yang kita tawarkan adalah sebanyak RM30,000 seunit.

“Dalam pembinaan rumah ini, tiga faktor asas akan diambil kira iaitu permintaan pembeli potensi di kawasan tersebut, penawaran memajukan kawasan industri, serta cadangan pembangunan oleh kerajaan negeri,” katanya bagi menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong, di Dewan Rakyat, Selasa.

Terdahulu, Henry meminta kementerian menyatakan apakah kriteria untuk mendapatkan keluluskan bagi rumah mampu milik dan mesra rakyat dan berapakah jumlah yang sudah dilaksanakan di seluruh negara dan khasnya di negeri Sarawak.

Selain itu, Halimah yang juga merupakan ahli parlimen Tenggara turut menjelaskan bahawa terdapat satu lagi program iaitu Projek Perumahan Rakyat (PPR) dimana ia mempunyai dua kategori untuk dimiliki dan untuk disewa.

Jelas Halimah, sehingga 31 Januari 2016, sebanyak 3521 unit rumah PPR yang telah dibina dimana 615 daripadanya dirancang untuk dibina di Sarawak.

“Sama juga kriteria yang telah kita tetapkan, pemohon hendaklah warganegara Malaysia, berumur 18 tahun keatas, belum memiliki rumah, pendapatan RM2500 dan ke bawah serta syarat tambahan yang ditetapkan kerajaan negeri.

“Kalau tidak ada slip gaji sekalipun, kita ada skim kredit perumahan di bawah Kementerian Kewangan yang boleh menguruskan supaya mereka masih boleh memiliki rumah yang telah kita sediakan,” ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.