UMNO WP Sampaikan Bantuan Kewangan Kepada Keluarga Pelajar Malaysia Yang Terkorban Di Jordan


Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dan Biro Kebajikan UMNO Wilayah Persekutuan menyampaikan sumbangan kepada keluarga pelajar Malaysia Fatin Iqmal Idziyani yang meninggal dunia akibat kemalangan di Jordan baru-baru ini.

Sumbangan mewakili YB Menteri Wilayah Persekutuan DS Tengku Adnan disampaikan oleh Setiausaha Politik saudara Mohd Rafi Alli Hassan dan sumbangan daripada Ketua UMNO Bahagian Cheras DS Syed Ali AlHabshee dan Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan disampaikan oleh Ketua Pemuda UMNO Cheras saudara Johari.

Turut serta Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan saudara Mohd Razlan Muhammad Rafii dan Ahli Pemuda UMNO Bahagian Cheras.

Semoga bantuan ini dapat meringankan beban yang ditanggung keluarga mangsa.

Al-Fatihah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.