Cuaca Panas Fenomena El Nino Sehingga Mac Ini


Cuaca panas yang melanda negara sejak awal Januari ini dijangka berterusan sehingga Mac ini berikutan fenomena El Nino, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Datuk Che Gayah Ismail.

Sehubungan itu beliau berkata, orang ramai diminta supaya tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka dan banyakkan meminum air bagi mengelakkan hidrasi.
Katanya, fenomena El Nino itu juga telah menyebabkan negara tidak dilanda banjir besar semasa musim tengkujuh baru-baru ini seperti mana musim tengkujuh sebelum ini.

Jelasnya, pada kebiasaannya, keadaan cuaca pada bulan Disember adalah lebih lembap, namun aktiviti monsun yang membawa luruan udara sejuk dari benua China dan Siberia berkurangan menyebabkan kurangnya curahan hujan di negara ini. - BERNAMA

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/cuaca-panas-akibat-el-nino-dijangka-hingga-mac-ini-1.184684#sthash.mNaXk8bh.dpuf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.