Pembangkang Sekadar Bangkang, Main Politik Usaha Kerajaan


Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menyifatkan pembangkang sekadar membangkang usaha kerajaan dan hanya membangkitkan isu untuk dipolitikkan semata-mata.

Menurut beliau sesetengah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi berparlimen yang tulen mereka membangkang dalam keadaan yang sesuai selain ianya disusuli dengan hujah-hujah yang tertentu.

Najib Tak Perlu Letak Jawatan - Fathul Bari


Jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri yang disandang tidak perlu dilepaskan kerana ianya merupakan amanah dari Allah, kata Perwakilan Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahaya kepada Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Fathul, Khalifah Uthman ibni Affan dikatakan pernah berhadapan dengan situasi desakan untuk melepaskan jawatan selaku pemerintah pada zaman beliau, namun tidak dapat melepaskannya atas sebab patuh kepada agama.

UMNO Pernah Mati & Hidup Semula Pada Zaman Mahathir

Penulis terkejut mendengar pendedahan bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa beliau sebenarnya berpeluang untuk mencuri sebanyak RM50 bilion dari parti keramat bangsa itu ketika memegang jawatan nombor satu parti.

Katanya, beliau boleh memilih untuk ‘menghancurkan’ UMNO ketika itu, namun kononnya beliau enggan berbuat demikian. Kononnya, beliau selesaikan dulu semua masalah termasuk isu liwat bekas Timbalan Presiden UMNO merangkap bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, barulahlah beliau letak jawatan…

Begitu sekali Dr Mahathir? Beliau berpeluang curi duit UMNO sebanyak RM50 bilion? Sekiranya mencuri duit UMNO sebanyak itu, agaknya berapa bilion ringgit lagi yang tinggal dalam akaun UMNO ketika itu? RM100 bilion atau RM5 trilion?

Rumah Transit Gelandangan Di Jalan Pahang Beroperasi Februari


Rumah transit untuk gelandangan di Jalan Pahang, dijangka beroperasi 1 Februari depan bersempena Hari Wilayah Persekutuan, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata, rumah itu yang dibina dengan kos RM3 juta itu akan menjadi tempat sementara untuk golongan tersebut tidur, rehat, makan dan sembahyang selain turut menyediakan perkhidmatan kesihatan.

“Rumah tersebut telah siap dan kini dalam pemeriksaan akhir. Ia dapat menampung 260 gelandangan dalam satu masa,” katanya dalam sidang media selepas melawat tapak pembinaan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) Residensi Pandanmas di sini, Ahad.

Generasi Muda Perlu Sahut Cabaran Industri Asas Tani – Khairy


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyeru golongan muda terutamanya lepasan graduan untuk menceburi bidang asas tani yang kini semakin mendapat permintaan dalam dan luar negara.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO dalam ucapannya ketika ‘Town Hall Session’ di program Simposium Agropreneur Muda 2015 bertempat di Dewan Tun Razak 2, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini menekankan golongan muda melihat industri asas tani sebagai satu bidang kerjaya tetap.

Wanita UMNO Perkenal Tabung Pejuang Nadi Rakyat


Tabung Pejuang Nadi Rakyat bagi menghargai perjuangan dan jasa anggota veteran Wanita UMNO akan dilancarkan Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak, Rabu ini, sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015.

Ketua Pergerakannya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata tabung itu bertujuan membantu dan membela kebajikan veteran wanita yang telah uzur dan sakit.

Perwakilan Seramai 5,732 Akan Menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2015


Seramai 5,732 perwakilan akan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula dari 8 hingga 12 Disember ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, daripada jumlah itu, 2,762 merupakan perwakilan pada perhimpunan agung parti manakala 993 orang adalah perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda (992 orang) dan Puteri (991 orang).

UMNO Dikhuatiri Hilang Sokongan Melayu Jika Tidak Ada Usaha Damaikan Pemimpin Yang Bertelagah - Syed Ali

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee bimbang parti itu akan hilang sokongan orang Melayu jika tidak ada usaha mendamaikan pemimpin yang bertelagah kerana perbezaan pendapat.

"Hari ini ada pihak seperti seronok melihat sesama pemimpin UMNO bercakaran sesama sendiri,mereka seolah-olah mahu menunggu kehancuran parti itu," tegasnya.

Beliau menjelaskan, musuh-musuh UMNO sememangnya mengambil kesempatan di atas perpecahan tersebut bagi memenagi hati rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pengundi Muda Lembah Pantai Tolak Nurul Izzah Di Lembah Pantai


Golongan pengundi muda di kawasan Lembah Pantai mendesak Ahli Parlimen mereka, Nurul Izzah Anwar meletakkan jawatan dengan terhormat berikutan pertemuannya dengan anak sulung ketua pengganas Kiram, Jacel Kiram sebelum ini.

Sekiranya Naib Presiden PKR itu enggan berbuat demikian, Pengerusi Gabungan Pengundi Muda Lembah Pantai, Mohd. Nazri Abd. Rahman berkata, Nurul Izzah perlu bersedia berdepan dengan gelombang penolakan daripada mereka pada pilihan raya akan datang.