Letak Adik Perempuan Perkukuhkan Jawatan Ketua Menteri

Satu lagi usaha untuk memperkukuh kedudukan Ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng selepas adiknya Lim Hui Ying dilantik menjadi Setiausaha DAP negeri tersebut.

Kedudukan Lim Hui Ying di jawatan penting itu sudah pasti mencerminkan ketakutan Guan Eng yang mula dikritik ahli-ahli akar umbi DAP Pulau Pinang selepas dua penggal berkuasa.

Dalam pemilihan parti pada Ahad menyaksikan penentang Guan Eng ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu dan Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan negeri, Lim Hock Seng kalah dalam pemilihan jawatankuasa DAP Pulau Pinang.

Jualan Awal Kad Smart 7 & Smart 30 #RapidKL @MyRapidKL


KUALA LUMPUR, 13 November - Selaras dengan perlaksanaan sistem tambang baru LRT dan monorel bulan depan, Rapid KL akan membuat penjualan awal pakej-pakej MyRapid SMART 7 Mingguan dan SMART 30 Bulanan mulai Ahad ini (15 November) untuk kemudahan para pengguna membuat persiapan.

Kedua-dua pakej MyRapid SMART 7 Mingguan dan SMART 30 Bulanan, yang memberikan penjimatan lebih kepada para pengguna, boleh dibeli di mana-mana stesen monorel dan LRT termasuk empat stesen baru Awan Besar, Muhibbah, Alam Sutera dan Kinrara BK5.

Sengketa DAP Dengan PAS,PKR Kembalikan Keyakinan Rakyat Terhadap UMNO - Syed Ali

UMNO perlu memanfaatkan sengketa tiga penjuru antara DAP dengan PAS dan PKR bagi menjelaskan kepada rakyat betapa parti politik pembangkang tidak pernah konsisten dalam perjuangan mereka, kata Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

"Apa yang mereka perjuangkan ialah kedudukan dan kuasa serta kepentingan kaum tertentu, ini bertentangan dengan aspirasi masyarakat pelbagai kaum di Malaysia," tegasnya.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu menjelaskan, perbalahan antara PAS, PKR dengan DAP pada dasarnya memberi keuntungan politik kepada UMNO termasuk Barisan Nasional (BN).

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Di Landasan Tepat - Najib


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi keyakinannya bahawa ekonomi Malaysia akan mencatat pertumbuhan antara 4.5 hingga 5.5 peratus tahun ini walaupun negara dibayangi ketidaktentuan ekonomi global.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, dengan mengambil kira kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang diterima untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini dan dipadankan enam bulan kedua, Malaysia di landasan tepat untuk mencapai pertumbuhan itu.

Melayu Usah Berangan Miliki Tempat Dalam Jawatankuasa Negeri Mahupun Pusat DAP

Kekalahan Edry Faizal Eddy Yusof dalam pemilihan kepimpinan DAP Selangor pada Ahad patut sangat menjadi bahan renungan orang terpelajar macam Dr Abdul Aziz Bari yang merasa parti itu wadah terbaik beliau berteduh.

Begitu juga bagi Young Syefura Othman yang selalu kelihatan berarak ke sana kemari dengan Dyana Sofea,bekas calon pilihanraya kecil Teluk Intan yang ditonjolkan sebagai ikon muda Melayu dalam DAP.

Edry Faizal bukanlah nama besar dalam DAP, namun kekalahan calon tunggal Melayu ini dalam pemilihan Ahli jawatankuasa DAP Selangor seolah memberi gambaran tentang penerimaan orang Melayu dalam parti itu.