Malaysiakini Jangan Lagakan #UMNO & Rakyat - @razlanrafii


Mana-mana pihak serta organisasi media diminta tidak membuat cubaan melagakan UMNO dengan rakyat demi kepentingan serta motif politik peribadi semata-mata.

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Razlan Muhammad Raffi berkata, cubaan portal berita Malaysiakini yang dikatakan mengelirukan rakyat selama ini disifatkan keterlaluan sehingga menimbulkan kebencian kepada UMNO.

Permohonan Papan Iklan Selama 2 Minggu Diberikan Kepada KL, Putrajaya & Labuan - Menteri Wilayah @TengkuAdnanReal


Isu papan tanda UMNO yang dipasang di ibu pejabat parti itu di Pulau Pinang, yang diturunkan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada Jumaat perlu diselesaikan mengikut undang-undang, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Kita negara yang berundang-undang, tidak kira UMNO atau DAP, macam mana sekalipun kita mesti patuh kepada undang-undang. Jangan kita ambil undang-undang dalam tangan kita.