DAP Halau PAS Keluar Pakatan

DAP sekali lagi dengan secara terbuka mendesak Pas keluar daripada pakatan pembangkang dengan alasan, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat seolah-olah ‘berjasad pembangkang tapi berhati UMNO’.

Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan, Lim Guan Eng berkata, tidak mustahil bagi pakatan pembangkang untuk berpecah dalam masa terdekat ini iaitu antara dua minggu atau mungkin lebih lama lagi.