Takut Menerima Penjelasan Sebenar 1MDB & #GST, Rafizi & Tony Phua Menghilangkan Diri


Ramai yang menjangkakan sesi penggulungan titah DiRaja oleh Kementerian Kewangan akan hangat dengan soalan-soalan panas oleh pembangkang. Tapi tekaan tersebut meleset kerana Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dapat selesai dalam tempoh sejam.

Dua ahli parlimen pembangkang iaitu Rafizi Ramli dan Tony Phua yang selama ini kerap mengkritik dan membuat tohmahan terhadap kerajaan berhubung 1MDB dan GST, hilang entah ke mana. Ramai yang menjangkakan dua nama terbabit akan berada di Dewan Rakyat ketika penggulungan kememterian terbabit.

DAP Punca Negara Menuju Krisis Perlembagaan - Rahman Dahlan @mpkotabelud


Malaysia menuju ke arah krisis perlembagaan ekoran tindakan pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng yang menyalahkan UMNO dan PAS kerana pertikaian berlanjutan mengenai isu Hudud.

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan menerusi twitter memuat naik beberapa siri komen mengusulkan bahawa sokongan dan kerjasama DAP dengan PAS dalam pakatan pembangkang akhirnya membantu mengasuh keinginan Hudud parti Islam itu.

Siapa Tikam Siapa Dalam Pakatan? #UMNOWP


‘Siapa Tikam Siapa’ dilihat menjadi lagu popular di dalam pakatan pembangkang dan ianya bukanlah satu perkara pelik dan juga bukanlah satu ungkapan baru kerana realitinya pakatan pembangkang tidak mempercayai antara satu dengan yang lain.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata perkara itu sudah dijangkakan akan berlaku kerana pokok pangkalnya adalah disebabkan oleh ketiadaan dasar bersama di dalam pakatan terbabit.

BN Umum Pendirian Berhubung Pelaksanaan Hudud Di Kelantan, Esok

BN akan mengumumkan pendirian parti itu berhubung pelaksanaan hukum hudud di Kelantan selewat-lewatnya Selasa ini, kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Pengumuman itu akan dibuat oleh Perdana Menteri dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak selewat-lewatnya esok atau lusa. Seperti diketahui, hudud mesti mengikut Perlembagaan negara.

"Saya tidak kata yang kami menentang hudud. Hukum tetap hukum. Sebagai orang Islam, hukum ALLAH merupakan hukum. Pihak yang memainkan (isu) ini ialah DAP dan PKR," katanya ketika diminta mengulas pendirian BN terhadap isu hukum hudud.

Tengku Adnan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Pasukan Sukarelawan Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (Combi) dan Kelab Rukun Tetangga Suria (Cawangan Bunga Matahari) di sini hari ini.

SPAD Umum Kenaikan Tambang Teksi Dan Bas Ekspres


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini mengumumkan penetapan kadar tambang baharu bagi perkidmatan teksi akan berkuatkuasa dengan serta merta manakala bagi bas ekspres pula, bermula pada 15 Mei ini.

Menurut Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar, penetapan kadar baharu itu adalah berikutan berlakunya kenaikan kos termasuk penyelenggaraan, insurans dan kos sara hidup.

Harga tambang kini tidak lagi relevan dengan kenaikan kos-kos tersebut, katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Waspada Golongan Salah Guna Konsep Jihad - titah Agong

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah rakyat perlu berwaspada dengan propaganda golongan ektrem dan tidak terpedaya dengan dakyah menyalahgunakan konsep jihad atas nama agama.

Baginda bertitah, pihak berkuasa juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mengganggu gugat perpaduan negara dengan mengadu domba dan menyebarkan fitnah termasuk menerusi media sosial.

"Beta ingin menasihatkan golongan ini menghentikan terus perbuatan tidak bertanggungjawab itu dan pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan tegas terhadap pihak terbabit," titah baginda ketika merasmikan pembukaan mesyuarat pertama, penggal ketiga Majlis Parlimen ke-14 di sini, hari ini.

Perhimpunan Syok Sendiri Gagal, Rakyat Semakin Bosan - @razlanrafii


Perhimpunan kemuncak #KitaLawan yang berlangsung di ibu negara petang tadi tidak ubah seperti himpunan 'syok sendiri' dan hanya menyusahkan orang ramai untuk bersantai pada hujung minggu.

Perhimpunan itu menyebabkan lalu lintas menghala ke ibu kota sesak teruk.

Pemergian Harun Salim Bachik Satu Kehilangan Besar - @NajibRazak

Allahyarham Harun Salim Bachik (kiri) bersama Afdlin Shauki ketika menyerahkan borang
keahlian UMNO

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga pelakon komedi terkenal, Harun Salim Bachik, yang meninggal dunia petang semalam.

“Takziah atas pemergian Harun Salim Bachik…saya sering menonton lakonan beliau dan ia merupakan satu kehilangan besar untuk industri hiburan,” kata beliau dalam catatan terbaharunya dalam laman Facebook dan Twitter.

‘Napoleon Kecil’ Pengacau – TPM


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mem­beri teguran terhadap ke­munculan ‘Napoleon kecil’ yang menjadi halangan kepada pembentukan pasukan lebih mantap dalam Kementerian Pendidikan.

Muhyiddin berkata, warga ke­men­terian tidak harus bekerja da­lam kelompok sendiri kerana setiap matlamat dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan tidak mungkin dicapai tanpa sokongan pelbagai agensi.