Pengerusi BN Tentukan Sama Ada BN Bertanding DUN Chempaka @NajibRazak


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan memutuskan sama ada Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka 22 Mac depan.

Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Najib selaku pengerusi BN akan membuat keputusan tersebut selepas Majlis Tertinggi (MT) Umno bermesyuarat sebelum 10 Mac, hari penamaan calon kerusi tersebut.

Malaysia & Kemboja Perkukuh Kerjasama Dua Hala Dalam Pertahanan

Hishammuddin diminta bantuan oleh pelancong dari German untuk menangkap gambar kenangan mereka di Angkor Wat, Kemboja.

Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kementerian Pertahanan Nasional Kemboja menandatanghani Surat Hasrat untuk mengukuhkan kerjasama dua hala dan hubungan bagi kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata surat itu menyatakan bahawa kedua-dua negara bersetuju untuk meningkatkan kerjasama pertahanan dan hubungan rakyat dengan rakyat melalui kerjasama ketenteraan.

Sempadan Ideologi Politik Bukan Penghalang Kepada Kerjasama UMNO - PAS


Cadangan supaya PAS bergabung dengan UMNO merupakan satu idea baik demi kepentingan masa depan negara, kata Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Malah Ketua UMNO Bahagian Cheras itu berpendapat jika kerjasama politik kedua parti tersebut menjadi realiti ia bakal memberi keuntungan besar kepada orang Melayu dan umat Islam.

“Idea dan cadangan itu sangat baik ketika orang Melayu dan umat Islam di negara ini berdepan dengan pelbagai tekanan,” tegasnya.

Pembangunan Perumahan Di Kuala Lumpur Harus Diterajui Kerajaan - @joharighani_ttw @UMNOWP


Tapak-tapak perumahan awam sedia ada perlu digazetkan untuk kekal sebagai kawasan perumahan awam de­ngan tanggungjawab pembangunan semula hanya diberikan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi geran peruntukan daripada kerajaan.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, penglibatan pihak swasta dalam pemba­ngunan semula mesti hanya sebagai kontraktor dan bukannya sebagai pemaju bagi mengelakkan golongan berkenaan mengambil sebahagian tanah-tanah tersebut untuk keuntungan komersial.

Cuaca Terlampau Panas Boleh Menyebabkan Strok Haba & Membawa Maut @TengkuAdnanReal @UMNOWP


Musim panas ekstrem yang dijangka melanda negara minggu depan boleh memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan dan kesihatan manusia termasuk menyebabkan kematian seperti strok haba.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana cuaca kering dan berpanjangan bukan sahaja memberi kesan kepada ekosistem dan kawasan pertanian, tetapi membahayakan kesihatan.

Takkan Nak Tunggu Kejadian Di Belanda Berlaku Di Malaysia - Razlan Rafii


Bukan sekali atau dua kali malah sudah berkali-kali perbuatan umat Islam dipersoalkan dan dihina oleh puak cauvenis DAP.

Tak reda lagi dengan isu Eric Paulsen yang membuat dakwaan kononnya khutbah Jumaat yang disampaikan Khatib dikatakan menanam sifat extrimis dan teks dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga perlu disiasat. Timbul lagi satu provokasi hampir serupa dari pihak yang sama anti Islam.

Tindakan Biadap Penyokong PAS Memperli Kehadiran Najib Tidak Seharusnya Berlaku


Tindakan segelintir penyokong Pas melemparkan kata-kata kesat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pengebumian Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Jumaat lalu bukan sahaja biadab, malah memalukan parti itu.

Ketua UMNO Bahagian Ledang, Datuk Ir. Hamim Samuri berkata, perbuatan tersebut tidak menggambarkan mereka sebagai penyokong sebuah parti Islam dan upacara berkenaan tidak sepatutnya dicemari dengan insiden berkenaan.

Polis Kena Bertindak Tegas Demo Besar Pro Anwar - Syed Ali


Jangan cabar undang-undang negara dan tolong hormati institusi mahkamah itulah peringatan yang diberikan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee kepada gabungan parti-parti politik dan NGO yang mahu mengadakan perhimpunan di ibu kota sebagai reaksi terhadap pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hari ini portal berita Malaysiakini melaporkan Ketua Pengarah Strategi Pemuda PKR (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad dalam sidang medianya mengumumkan pembentukan gabungan dinamakan ‘KITA LAWAN’ dan turut menyatakan hasrat mereka mengadakan perhimpunan pada 7 dan 8 Mac sebagai tindakan balas terhadap pemenjaraan Ketua Pembangkang itu.