Terima Kasih Di Atas Komitmen Yang Terbaik – Zainal Rafique


Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Zainal Rafique mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli UMNO Bukit Bintang dan juga sukarelawan yang telah memberikan komitmen yang terbaik sepanjang menjayakan misi bantuan mangsa banjir UMNO Wilayah dan juga UMNO Bahagian Bukit Bintang.

Menurut beliau, sekiranya semangat dan komitmen membantu rakyat yang ditunjukkan dalam misi bantuan mangsa banjir ini terus kekal, ,maka insyaAllah keyakinan rakyat khususnya bangsa Melayu kepada UMNO akan menjadi semakin kukuh.

TPM Lancar Konvoi Misi Ke-2 Bantuan Kemanusiaan #UMNOWP


Sempurna sudah pelancaran dan perlepasan konvoi lori kontena yang membawa barang-barang keperluan buat mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang & Perak.

Ini merupakan misi kedua UMNO Wilayah Persekutuan (WP) menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa selepas banjir di Pantai Timur mulai surut.

Pemohon PPR Ditipu Buta²


Seramai 12 pemohon rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) menanggung kerugian selepas diperdaya seorang individu yang mendakwa boleh mempercepatkan kelulusan permohonan mereka.

Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Wan Mohammad Ghazali Nor, berkata, kesemu­a mangsa­ mengakui berurusan dengan­ individu terbabit yang mendakwa sebagai ‘orang tengah’ kepada DBKL.