UMNO Pernah Mati & Hidup Semula Pada Zaman Mahathir

Penulis terkejut mendengar pendedahan bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa beliau sebenarnya berpeluang untuk mencuri sebanyak RM50 bilion dari parti keramat bangsa itu ketika memegang jawatan nombor satu parti.

Katanya, beliau boleh memilih untuk ‘menghancurkan’ UMNO ketika itu, namun kononnya beliau enggan berbuat demikian. Kononnya, beliau selesaikan dulu semua masalah termasuk isu liwat bekas Timbalan Presiden UMNO merangkap bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, barulahlah beliau letak jawatan…

Begitu sekali Dr Mahathir? Beliau berpeluang curi duit UMNO sebanyak RM50 bilion? Sekiranya mencuri duit UMNO sebanyak itu, agaknya berapa bilion ringgit lagi yang tinggal dalam akaun UMNO ketika itu? RM100 bilion atau RM5 trilion?

Benarkah UMNO mempunyai wang sebanyak itu sewaktu beliau menjadi Presiden UMNO? Ada penyata kewangan parti atau mana-mana bendahari UMNO yang boleh sahkan dakwaan Dr Mahathir itu?

Jika benar, ke manakah wang beratus-ratus bilion itu dibelanjakan? Ada resit? Apakah benarkah di zaman beliau tidak pernah berlaku ketirisan? Khabarnya, di zamannya dana diuruskan dalam bentuk tunai. Jika dibawa dari PWTC ke Pagoh, tidak pernah tiris wang itu dalam perjalanan?

Jika benar ada wang sebanyak itu, dari mana pula datangnya wang berkoyan-koyan ringgit itu? Siapa pula penyumbang dermanya? Dari negara mana asalnya? Apakah wujud ‘arab gila’ atau sesiapa saja yang boleh dilabel sebagai ‘gila’ di zaman beliau untuk memberikan wang sebanyak itu kepada UMNO atau Presidennya?

Benarkah UMNO tidak pernah ‘hancur’ di zaman Dr Mahathir? Ingat lagi tentang krisis yang menyebabkan UMNO diharamkan? Masih ingat lagi tentang ‘UMNO lama’ dan ‘UMNO baru’? Masih ingat lagi ketika Dr Mahathir pernah ‘hilang jawatan’ kira-kira 2 minggu?

Pada pandangan penulis, UMNO bukan saja pernah hancur, malah pernah ‘mati’ di zaman Dr Mahathir menjadi Presiden. Apakah kisah yang menjadi penyebab sehingga UMNO terpaksa diharamkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas ketika itu?

Krisis perlembagaan yang menyaksikan Tun Salleh Abas dipecat, merajuk dan menyertai parti pembangkang. Masih ingat lagi tentang pakar perlembagaan yang pernah menjadi mangsa Dr Mahathir? Ketika insiden itu berlaku, apa yang berlaku pada UMNO?

UMNO ketika itu ‘mati’ dan ‘dihidupkan’ semula. Masih ingat bagaimana Dr Mahathir menang menewaskan Tengku Razaliegh Hamzah? Berapa undi beliau menang? Masih ingat lagi bagaimana tertubuhnya parti Semangat 46?

Mentang-mentanglah Presiden UMNO yang terkini, Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak sekejam dan sampai hati untuk berlaku ‘kuku besi’ sepertinya, maka beliau diperlekeh dan cuba dijatuhkan Dr Mahathir?

Perlu Dr Mahathir sedar bahawa walaupun Najib tidak sekejam beliau, namun Najib juga tidak lemah, bodoh atau sedangkal bekas-bekas Perdana Menteri yang pernah beliau cuba jatuhkan dulu. Najib bukan Pak Lah atau Tunku Abdul Rahman.

Dr Mahathir fikir Najib tidak tahu tentang gerakan yang beliau buat? Menghasut ketua-ketua cawangan untuk memberontak? Digunakan alasan kos sara hidup, 1MDB dan RM2.6 bilion sebagai ‘umpan’? Hanya mereka yang malas guna akal dan otak, serta tiada semangat kekeluargaan dalam parti saja yang akan berjaya dicucuk hidungnya…

Justeru Dr Mahathir suka mengulang-ulang apa yang beliau katakan walau sudah diberi jawapan, maka penulis pun suka mengulang pesanan penulis meskipun beliau belum menunjukkan respon yang positif.

Penulis pesan, banyak-banyakkanlah zikir pada Allah SWT diusia senja dan berhentilah memburuk-burukkan Najib dengan menggunakan bukti dari Claire Brown. Banyakkan baca Al-Quran dari Sarawak Report. Itu lebih baik buat Dr Mahathir, kan?

Sumber : Mykmu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.