Penjelasan Datuk Johari Abdul Ghani Berhubung Isu Demontrasi Penduduk Datuk Keramat Semalam


Berikut adalah penjelasan yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp mengenai isu demontrasi penduduk di Datuk Keramat mengenai penjualan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada pemaju.

12 Oktober 2015

Saya ingin buat penjelasan tentang isu demonstrasi penduduk Datuk Keramat mengenai penjualan tanah DBKL kepada sebuah syarikat pemaju.

1. Tapak ini adalah asalnya tapak setinggan yg dijanjikan DBKL utk bina rumah kos rendah atau PPR. Ianya terletak di sebelah masjid. Keluasan tanah kurang dari 2 ekar.

2. DBKL tidak pernah berbincang dgn saya selaku wakil rakyat. Saya telah dihubungi oleh ramai penduduk di kawasan Datuk Keramat membantah atas kegagalan DBKL menunaikan janji mereka. Alasan yg diberi kawasan ini adalah berstatus kawasan hijau.

3. UMNO Bahagian Titiwangsa tidak pernah menolak pembinaan rumah Rumawip. Tetapi apa yg kami kesalkan rumah Rumahwip ini hanya lah sebanyak 275 unit selebihnya unit2 lain dijual pada harga RM750k.

4. UMNO Titiwangsa mengambil maklum sebelum ini tanah DBKL di Kg Pandan juga telah diluluskan rumah Rumawip sebanyak 2160 units dgn harga RM300k. Saya difahamkan lebih 50% telah dijual pada bukan melayu. Inilah yg menjadi kegusaran penduduk Datuk Keramat. Pada pilihanraya 2013, ini adalah salah satu janji yg pengundi minta saya tunaikan. Malangnya DBKL tidak pernah berbincang dgn saya sebelum menjual pada pemaju.

5. Saya telah berbincang dgn Pengarah Bhgn Perumahan KPKT dan peruntukan sebanyak RM80 juta telah pun dipohon utk bina rumah kos rendah sebanyak 500 units di tapak tersebut.

6. Yg saya kesalkan tiada perbincangan dilakukan oleh DBKL dgn saya sebelum tanah ini dijual kepada pemaju dgn bayaran installment. Harga saya kurang pasti.

7. Saya telah maklumkan perkara ini kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan melalui whatsapps saya kepada Bos KuNan tetapi tidak ada sebarang jawapan yg saya terima. Sementara itu penduduk di Datuk Keramat marah kepada saya kerana gagal membawa perkara ini kepada pengetahuan Menteri Wilayah. DBKL kerap memberitahu penduduk bahawa kawasan ini adalah kawasan hijau dan sudah tentu bila tanah ini dijual pada pemaju ianya membuatkan penduduk bertambah marah.

8. Saya menang ke semua 5 peti undi di kawasan Datuk Keramat pada pilihan raya 2013. Sudah tentu tindakan mendiamkan diri oleh saya ini menyebabkan mereka bertambah marah.

9. Sewaktu UDA membeli tanah DBKL di Kg Bharu dgn harga RM38juta juga sekitar 2 ekar, UDA terpaksa menjual kesemua unit2 ini hanya kepada orang Melayu. Ini bagi mengelakkan orang bukan Melayu membeli unit di Kg Bharu. Walaupun harga yg akan dijual bertaraf kondominium tetapi ianya hanya boleh dijual kepada orang melayu. Jika tidak ada melayu beli UDA akan simpan unit2 tersebut utk disewa.

10. Cadangan saya kalau DBKL ingin menjual tanah ini pastikan pembagunan ini dibina Rumahwip 100% dan bukan menggunakan rumahwip sebagai alasan utk membina rumah kos tinggi.

11. Jika tanah itu dijual dgn harga yg sama pada UDA esok juga UDA akan bina 100% rumahwip.

12. Saya dalam perjalanan pulang dari Peru menghadiri mesyuarat World Bank. Insyaallah bila saya balik nanti saya akan jumpa Bos Ku Nan bersama2 AJK Bhgn n NGO Keramat utk menyelesaikan isu ini agar Titiwangsa akan terus kekal ditangan BN.


YB DATUK JOHARI
Ahli Parlimen Titiwangsa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.