Biro Kebajikan #UMNOWP Bantu Anak Buah Pinggang Bocor



Alhamdulillah sebentar tadi Biro Kebajikan Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan (BPUWP) diketuai oleh saudara Mohd Rafi dan AJK Biro telah menziarahi adik Mohd Afiq yang berusia 15 tahun disahkan menghidapi penyakit Fancony Syndrome (buah pinggang bocor, dah berasid & masalah penglihatan 70%).

Pada kunjungan ziarah sebentar tadi, saudara Mohd Rafi menyampaikan sumbangan daripada Pengerusi BPUWP, Datuk Seri Tengku Adnan. Beliau juga turut memberitahu akan mengusahakan secepat mungkin bagi keluarga adik Mohd Afiq mendapatkan rumah PPR kerana sekarang ini keluarganya terpaksa menumpang di rumah nenek yang turut didiami oleh saudara mara yang lain.

Semoga usaha kecil Biro Kebajikan BPUWP dapat membantu adik Mohd Afiq menjalani hidup dengan lebih selesa dan didoakan semoga diberikan kekuatan melawan penyakit dihadapinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.