Jangan Biarkan Melayu Dihina, Dipersendakan - Syed Ali

\

UMNO perlu diperkukuhkan demi memelihara survival dan maruah orang Melayu serta umat Islam supaya tidak berterusan menjadi bahan cacian dan persendaan pihak tertentu, tegas Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu berkata, sudah cukup betapa selama ini orang Melayu dan umat Islam dihina dan diperlekehkan oleh bukan Melayu di tanahairnya sendiri.

"Demi maruah dan masa depan orang Melayu, kita perlu kembali bersatu dan UMNO dilihat sebagai pertubuhan politik yang berkeupayaan berbuat demikian," tegasnya.

Malah tegasnya, jika bukan orang Melayu yang bangun mempertahahankan tanahairnya, siapa lagi yang boleh diharapkan.

"Ini bumi kita,di sini kita berpijak, maka kita kena bangkit mempertahankan ketuanan dan hak tersebut, bukannya orang lain," ujarnya.

Katanya, UMNO merupakan parti yang mempunyai tanggungjawab dan amanah untuk mempertahankan masa depan Melayu dan negara ini.

Beliau mengingatkan, selagi orang Melayu berbalah dan berpecah kerana kerangka politik sempit selagi itulah orang Melayu menjadi bahan cacian dan dihina.

"Lihat bagaimana bukan Melayu begitu bangga dan seronok kerana dapat memijak gambar pemimpin Islam dikhalayak ramai, di mana harga diri dan maruah kita sebagai orang Melayu,? soal beliau.

Katanya, orang Melayu selama ini sering menjadi bahan cacian dan kutukan bukan Melayu kerana atas sifatnya yang terlalu bersabar,berlembut dan bertolak ansur.

"Kadangkala kita berlembut tiada kena pada tempatnya," tegas beliau sambil menyatakan sudah sampai masanya UMNO dan seluruh orang Melayu bangkit mempertahankan maruah mereka.

Dalam hal ini jelas beliau, UMNO tidak sesekali sengaja menyemarakkan api perkauman tetapi perlu menyatakan keresahan mereka akibat permainan politik rasis pihak tertentu terutama DAP.

"UMNO parti Melayu, hak orang Melayu dan akan lakukan apa sahaja demi survival dan maruah Melayu," tegasnya.

Bagaimanapun ujar Syed Ali, UMNO sentiasa berpegang kepada kesepakatan dan permuafakatan yang menjadi teras kepada piagam Barisan Nasional (BN).

Tambah beliau, atas dasar kesepakatan dan semangat muhibah yang terjalin selama ini, BN berupaya mencorakkan kehidupan gemilang untuk rakyat pelbagai kaum di negara ini.

"Asas inilah yang cuba diruntuhkan oleh pihak berkepentingan, mereka nak hancurkan rakyat dan negara ini.

Beliau menjelaskan, UMNO sentiasa menghormati bukan Melayu, tetapi tidak bermakna parti itu boleh berpeluk tubuh.

Menurutnya, tindakan bukan Melayu menonjolkan 'kekuatan' mereka dengan pelbagai provokasi dan perhimpunan haram memberi mesej jelas bahawa orang Melayu begitu mudah dipersendakan.

Selain memperlekehkan orang Melayu kata beliau, golongan ini juga tidak menghormati undang-undang dan prinsip Rukun Negara.

"Berapa lama kita harus membiarkan bangsa kita di hina, dicaci dan dipersendajkan," soal beliau lagi.

Bagaimanapun Syed Ali kecewa kerana masih ada segelintir orang Melayu dan umat Islam yang tergamak menjadi kuda politik bukan Melayu.

"Ada orang Melayu jadi perkakas DAP, jadi talibarut pati rasis, ini merupakan satu penghinaan kepada bangsanya sendiri," tegas beliau.

Beliau turut menjelaskan, kebangkitan orang Melayu sama ada mewakili UMNO atau pertubuhan bukan kerajaan (Ngo) bukan bermakna sengaja 'menacri pasal' dengan bukan Melayu.

"Kebangkitan umat Melayu atas semangat solidariti, cintakan kedamaian dan mahu prinsip Rukun Negara dihormati dan sistem demokrasi serta Raja Berpelembagaan turut dijunjung oleh oleh bukan Melayu ," tegasnya.

"Sebagai warganegara Malaysia, tidak kita apa bangsa dan kaum, asasnya ialah menghormati prinsip setiakawan disamping mempertahankan nilai-nilai murni sebuah masyarakat majmuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.