Keluarga Dihalau Keluar Rumah Mendapat Perhatian Biro Kebajikan #UMNOWP #WilayahPrihatin @TengkuAdnanReal


Lewat semalam telah viral di Facebook mengenai sebuah keluarga yang dikatakan telah dihalau keluar dari rumah sewa mereka di Selayang. Banyak perkongsian mengenai keluarga ini dilihat melalui laman media sosial dan melalui pesanan ringkas What’sApp.

Sejurus mendapat pesanan ringkas tersebut, Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Wilayah Persekutuan saudara Mohd Rafi Alli Hassan telah meminta AJK Biro, Pn. Salmah Pin untuk menziarahi keluarga terbabit.


Menurut Salmah Pin, keluarga yang terdiri daripada 4 orang anak yang berusia 4 bulan hingga 5 tahun ini berasal daripada Skudai, Johor. Pasangan suami isteri ini tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan telah menyewa sebuah bilik di Selayang namun disebabkan tidak mampu untuk membayar sewa bilik, maka mereka telah diusir keluar. 

Simpati akan nasib dan keluhan anak² yang masih kecil, Biro Kebajikan UMNO Wilayah Persekutuan menyampaikan sumbangan wang tunai dan akan berusaha mencari jalan untuk membantu meringankan beban keluarga ini.

Kepada mana² pihak yang berminat menawarkan pekerjaan tetap kepada pasangan ini, sila hubungi saudara Rizan Hassan, 013 773 3676.



TAHNIAH Biro Kebajikan !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.