Kami Bukan Sebuah Parti Samseng - @TengkuAdnanReal


KUALA LUMPUR: Setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendakwa tokoh DAP Lim Kit Siang mungkin sendiri mencetuskan tindakan ahli Umno membaling cawan, pinggan dan mangkok termasuk juga penyapu lidi terhadapnya.

Walaupun mengaku belum mendapat bukti provokasi oleh pemimpin DAP itu, Tengku Adnan berkata, laporan diterimanya mengenai kejadian di Taman Megah Ria, Masai itu menunjukkan kejadian itu berlaku selepas Kit Siang menyebut sesuatu yang dianggap menghina di majlis berkenaan.

“Umno Johor akan mengkajinya. Saya tidak tahu apa berlaku tetapi saya patut menyatakan ini: pembangkang tak perlu provoke lah. Perkara sama juga berlaku di Pulai Pinang, mereka melakukan provokasi dan mencetuskan kejadian buruk itu.

“Jadi jangan lakukan provokasi… Saya dengar Kit Siang menyata sesuatu, bukan di situ tetapi di tempat lain dan manusia seperti biasa akan bertindak terhadap provokasi,” Tengku Adnan yang juga dikenali sebagai Ku Nan, memberitahu Malay Mail Online.

Secara terperinci kejadian itu masih belum jelas tetapi saksi mendakwa sekumpulan 50 orang membaling mangkok plastik, cawan sebatang penyapu lidi ke arah Kit Siang.

Bernama mendakwa dalam laporannya ahli Umno selepas Kit Siang mengutuk Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Tengku Adnan berkata Umno tidak menggalakkan ahlinya bertindak ganas tetapi tiada tindakan akan diambil sehingga beliau mendapat gambaran sebenar kejadian.

"Kami bukan sebuah parti samseng, kami akan mendisiplinkan ahli-ahli kami jika mereka salah".

Lim dilaporkan tidak cedera dalam kejadian itu.

Menurut Star Online hari ini, polis sedang menyiasat kejadian itu dan percaya kejadian itu dicetuskan oleh ucapan salah seorang penceramah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.