Pihak Tertentu Menjadi Dalang Rosakkan Hubungan PM & Tun Mahathir - Syed Ali


Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya waspada dengan gerakan pihak tertentu memperalatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menyerang Datuk Seri Najib Razak sehingga memaksanya melepaskan jawatan Perdana Menteri.

"Ini semua taktik terbaru pihak tertentu melaga-lagakan sesama pemimpin UMNO dengan tujuan menghancurkan perpaduan orang Melayu di negara ini," tegasnya dalam entri blog beliau.
Ketua UMNO Bahagian Cheras itu mendedahkan terdapat pihak tertentu yang sengaja menganjurkan perhimpunan dengan mengundang Dr. Mahathir memberikan ceramah yang keseluruhannya dilihat sebagai serangan terhadap Najib.

"Saya amat kesal dengan perkembangan itu, ada laporan menyebut Dr. Mahathir telah memulakan siri jelajah fasa kedua untuk menyerang Najib supaya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri," tegasnya.

Tambah beliau, gerakan sedemikian tidak memberi sebarang keuntungan kepada orang Melayu dan UMNO sebaliknya akan melebarkan lagi jurang perpecahan.

"Apa motif pihak penganjur mengadakan ceramah itu dengan menjadikan Dr. Mahathir sebagai alat untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.