Facebook : Peniaga Tidak Kena #GST Sengaja Ambil Kesempatan Buat Untung


Kalaulah peniaga boleh kebas dan pelarikan cukai GST seperti SST tentu mereka gembira menyambut kedatangan GST..

Sepatutnya harga barang di tolak SST dahulu sebelum dikenakan GST tetapi ada pulak tokok tambah caj 11% sebab nak cover keadaaan dulu boleh pelarikan cukai SST.
Dalam masa yang sama, peniaga yg tak kena GST sengaja cari peluang makan untung cepat..

Sepatutnya GST akan jadi lebih murah tetapi ramai yang bengang sebab tak jalan cari peluang pelari cukai... Sebab itu ramai mengugut untuk tutup peneniagaan sebelum sampai hari ini iaitu hari pelaksanaan GST. Tetapi apa yang berlaku tak tutup pun kedai yang Guan Eng war2kan.

Lihat Proton dan Honda kenapa mereka boleh turunkan harga. dan percayalah ini bersifat sementara seandainya semua pihak mahu bekerjasama.

Buat hari pertama ini banyak kekeliruan berlaku dan jika rakyat tidak bekerja sama membongkar kerja jahat mereka ini akan menjadi taik keras yg sukar ditanggalkan.

Sekarang kita dapat lihat ada yang tak pelarikan cukai cuba buat cukai sendiri dan ada yg tak daftar GST nak buat GST sendiri.

Malah ada yang kena GST sengaja caj semua barang walaupun dikecualikan GST... Wah ini masa nak buat besar nampak.. Macam taktik nak kaitkan untung selepas tak boleh pelarikan cukai.. Ayuh kita bongkarkan kerakusan mereka satu persatu..

Oleh itu peranan dan kerjasama semua pihak adalah penting untuk kepentingan bersama. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.