Akar Umbi UMNO Pertahankan Najib, Tetap Hormati Tun Mahathir - Syed Ali @NajibRazak


DATUK Seri Syed Ali Alhabshee berkata, ahli-ahli UMNO tetap menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dalam masa yang sama masih menyayangi Tun Dr.Mahathir Mohamad.

"Akar umbi UMNO disetiap pelusuk tetap menyokong kepimpinan Najib tetapi mereka juga menghormati Dr. Mahathir," tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras itu.

Beliau menjelaskan, oleh sebab itu ahli-ahli UMNO mahu konflik antara bekas Perdana Menteri dengan Najib diselesaikan segera.

"Itu tandanya seluruh ahli-ahli UMNO masih sayangkan Dr. Mahathir tetapi tetap setia dengan kepimpinan Najib selaku Perdana Menetri dan presiden parti," tegasnya.

Katanya, tiada sengketa antara kedua pemimpin dan sebarang konflik boleh diselesaikan secara baik dan penuh dengan semangat kekeluargaan.

"Situasi dijadikan kusust dan rumit kerana ada pihak berkepentingan sengaja memutarbelitkannya sehingga ia dilihat sebagai amat serius," katanya. 

Menurutnya, ahli-ahli UMNO telah memberi mandat kepada Najib sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri mengikut perlembagaan parti.

Begitu juga Dr. Mahathir kata beliau, ahli-ahli UMNO masih memerlukan pandangan dan nasihat beliau untuk menambahbaikkan parti.

"Kita terbuka dan menerima pandangan beliau, tetapi tidak bermakna pandangan itu perlu diterima secara keseluruhannya," ujarnya.

Bagaimanapun ujar Syed Ali, penjelasan Najib berhubung beberapa persoalan yang diajukan oleh Dr. Mahathir sebelum ini telah meredakan kegusasan rakyat.

"Bagi saya tiada lagi isu yang harus dipolemikkan, semuanya telah dijawab oleh Perdana Menteri dengan panjang lebar dan secara telus dan terbuka," katanya.

Beliau juga berharap Dr. Mahathir turut berpuas hati dengan jawapan tersebut.

Sekarang ini kata beliau, UMNO perlu diperkasakan dan semua pemimpin sewajarnya berganding bahu untuk berdepan dengan cabaran semasa.

Katanya, percanggahan pendapat dalam parti merupakan perkara biasa dan apa juga konflik boleh diselesaikan secara musayawarah.


"Sebagai ahli parti, kita teguh di belakang presiden parti dan dalam masa yang sama menghormati Dr. Mahathir selaku bekas Perdana Menteri yang banyak berjasa kepada negara ini," tegasnya.

"Pentadbiran Najib perlu diberikan sokongan kerana beliau telah berjaya membina satu kekuatan baru kepada parti.

Beliau memberikan reaksi demikian susulan permintaan Puteri UMNO Malaysia yang mahu perselisihan antara Dr. Mahathir dengan Najib diselesaikan segera melalui semangat kekeluargaan.
Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, perkara itu disampaikan mereka kepada Najib dalam satu pertemuan tertutup selama sejam di Kuala Lumpur, petang ini (Selasa).

"Kita memohon Tun dan beliau agar dapat diselesaikan dengan segera. Kita tahu dan faham itu adalah budi bicaranya.

"Tetapi kita memohon perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dalam suasana harmoni dalam bentuk keluarga dengan segera kerana Puteri lahir di tangan  Dr.Mahathir.


Sumber : UMNO Bahagian Cheras

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.