Siapa Tikam Siapa Dalam Pakatan? #UMNOWP


‘Siapa Tikam Siapa’ dilihat menjadi lagu popular di dalam pakatan pembangkang dan ianya bukanlah satu perkara pelik dan juga bukanlah satu ungkapan baru kerana realitinya pakatan pembangkang tidak mempercayai antara satu dengan yang lain.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata perkara itu sudah dijangkakan akan berlaku kerana pokok pangkalnya adalah disebabkan oleh ketiadaan dasar bersama di dalam pakatan terbabit.Justeru beliau yang sebelum ini antara mereka yang aktif bersama PKR melihat tidak pelik satu persatu tuduhan dan dakwaaan muncul dan menghiasi perjalanan politik parti-parti pembangkang hari ini.

“Budaya tikam belakang yang kini popular di antara sekutu pembangkang bukanlah perkara baru pun. Langkah kajang sebelum ini bukankah melukakan hati Pas setelah didakwa tidak diajak berunding dengan parti tersebut. Begitu juga dengan isu Pilihan raya Kerajaan Tempatan (PBT) yang menjadi duri dalam daging kepada mereka.

IKLAN


“Secara peribadi saya sudah jangkakan perkara ini. Asasnya adalah kerana masing-masing dengan agenda tersendiri dan hanya sekadar mempunyai matlamat yang sama iaitu menumbangkang Barisan Nasional (BN). Sebab itu makin hari makin terbongkar rupa dan wajah satu persatu gelagat parti masing-masing,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilapor menempelak tindakan “keterlaluan” Dap yang mendakwa parti itu “khianat” dalam Pakatan pembangkang kerana berkeras mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

“Macam dalam isu pilihan raya PBT (pihak berkuasa tempatan), kami (Pas) tidak setuju, tapi Dap tetap kemukakan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN). Kami diam, tapi mereka tidak diam (dalam isu hudud). Itu bezanya,” katanya lagi.

Hadi mengulas dakwaan Dap bahawa Pas khianat dan sengaja memprovokasi untuk memecahbelahkan Pakatan kerana terus berkeras mahu melaksanakan hudud di sebalik bantahan parti sekutu dalam gabungan pembangkang itu.

Anuar seterusnya menegaskan dalam situasi hari ini, Pas seharusnya mempunyai keberanian untuk menunjukkan bahawa mereka adalah parti yang bermaruah dan mempunyai prinsip yang tersendiri.

“Inilah masanya Pas untuk mengajar sekutu mereka yang lain agar belajar menghormati antara satu sama lain khususnya dalam soal agenda parti. Bukankah kita lihat Dap cukup kuat berpegang kepada ideologi mereka.

“Dan takkanlah Pas pula terus menerus diherdik oleh sekutu mereka. Inilah masa yang terbaik untuk Pas menunjukkan mereka juga ada kekuatan tersendiri,“ katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.