‘Napoleon Kecil’ Pengacau – TPM


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mem­beri teguran terhadap ke­munculan ‘Napoleon kecil’ yang menjadi halangan kepada pembentukan pasukan lebih mantap dalam Kementerian Pendidikan.

Muhyiddin berkata, warga ke­men­terian tidak harus bekerja da­lam kelompok sendiri kerana setiap matlamat dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan tidak mungkin dicapai tanpa sokongan pelbagai agensi.

“Apabila terbentuk kelompok, maka setiap ketua jabatan mahu menjadi Napoleon kecil, maka tidak akan membantu dalam pembentukan pasukan kerja yang kukuh kerana masing-masing mempunyai aspirasi untuk membentuk pasukan mengikut kehendak sendiri.

“Mereka (Napoleon kecil) mungkin berjaya dalam satu sudut, tetapi tidak dalam soal mencapai objektif Kementerian Pendidikan,” katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh; Timbalan Menteri, Datuk Mary Yap Kain Ching dan P. Kamalanathan serta Ketua Setiausaha kementerian, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad dan Datuk Seri Dr. Zaini Ujang.

Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan menyeru semua warga kementeriannya bekerja keras bagi mencapai matlamat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dan PPPM - Pendidikan Tinggi yang bakal dilancar 7 April depan.

“Kedua-dua pelan ini pastinya merupakan agenda besar untuk kementerian dan negara. Adalah men­jadi tanggungjawab warga Ke­­menterian Pendidikan untuk me­mas­tikan matlamat yang di­te­tapkan dapat dilaksanakan dengan sebaik-sebaiknya.

“Kita memerlukan lonjakan ber­ganda untuk mencapai matlamat ditetapkan. Usaha ini takkan berjaya tanpa kreativiti, inovasi, komitmen, kerja keras serta integriti daripada semua,” katanya.

Muhyiddin berkata, untuk meningkatkan mutu pendidikan, kementerian pada masa yang sama perlu mengadunkan kerjasama da­ri­pada pelbagai pihak.

“Kita berada dalam satu ekosistem yang memerlukan kerjasama dan dorongan pelbagai peringkat ma­syarakat, ibu bapa, institusi, pihak swasta dan industri,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.