DAP Punca Negara Menuju Krisis Perlembagaan - Rahman Dahlan @mpkotabelud


Malaysia menuju ke arah krisis perlembagaan ekoran tindakan pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng yang menyalahkan UMNO dan PAS kerana pertikaian berlanjutan mengenai isu Hudud.

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan menerusi twitter memuat naik beberapa siri komen mengusulkan bahawa sokongan dan kerjasama DAP dengan PAS dalam pakatan pembangkang akhirnya membantu mengasuh keinginan Hudud parti Islam itu.
“DAP harus dipersalahkan kerana meletakkan Malaysia dalam keadaan sukar kini. LKS (Kim Kit Siang) dan LGE (Lim Guan Eng) tanpa disedari menyediakan ekosistem itu kepada PAS,” katanya.

Menurut Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng harus mengaku kesilapan besar mereka yang menyebabkan Malaysia kini berdepan krisis perlembagaan.

“Terima kasih kepada kegagalan strategi DAP yang membawa ke hadapan debat sukar dan memecahbelahkan antara sekular dan agama rakyat pelbagai bangsa di Malaysia,” katanya.

Kenyataan itu bagaimanapun dicabar Ahli Parlimen DAP Kulai, Teo Nie Ching yang mendesak Abdul Rahman menyatakan pendiriannya sama ada bersetuju dengan kenyataan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang kelmarin mengatakan hanya orang bodoh membicarakan undang-undang itu.

Kepimpinan UMNO sehingga kini belum menyatakan pendirian rasmi berhubung Hudud sekalipun Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO di Kelantan menyokong pindaan Rang Undang-undang yang diluluskan sidang dewan undangan negeri Kelantan 19 Mac lalu.

Abdul Rahman bagaimanapun membalas dengan, “@TeoNieChing Sebelum saya menjawap soalan itu, kamu terlebih dahulu perlu memohon maaf dari rakyat Malaysia kerana kesilapan besar ini. Bilakah kamu akan berbuat demikian?”

Beliau turut mengkritik kenyataan Guan Eng pagi semalam dan menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung DAP itu adalah tipikal, penuh retorik dan tiada intipati.

Abdul Rahman sebaliknya menulis, “UMNO sejak sekian lama berjaya mengendalikan hasrat Hudud PAS namun DAP meremajakan pajakan hidup mereka. Berani LGE menyalahkan UMNO!!!”, soalnya.

DAP pada Selasa memutuskan untuk menamatkan sebarang hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sambil mendakwa Hadi bekerjasama dengan UMNO dalam usaha mengapai impian pelaksanaan Hudud.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.