Takkan Nak Tunggu Kejadian Di Belanda Berlaku Di Malaysia - Razlan Rafii


Bukan sekali atau dua kali malah sudah berkali-kali perbuatan umat Islam dipersoalkan dan dihina oleh puak cauvenis DAP.

Tak reda lagi dengan isu Eric Paulsen yang membuat dakwaan kononnya khutbah Jumaat yang disampaikan Khatib dikatakan menanam sifat extrimis dan teks dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga perlu disiasat. Timbul lagi satu provokasi hampir serupa dari pihak yang sama anti Islam.
Kali ini dakwaan Ketua Wanita DAP, Chong Eng. Sama ada beliau cuba meraih populariti segera ataupun tidak, itu perkara kedua. Tetapi tindakan mempersoalkan teks khutbah Jumaat yang disediakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) amat mengganggu emosi umat Islam terutamanya ketika ini.

Khutbah tersebut didakwa kononnya menyampaikan maklumat mengelirukan berhubung aurat wanita yang bertajuk ‘Aurat: Antara Kebebasan dan Maruah Diri’.

Amat pelik sekali, semenjak bila pemimpin DAP begitu prihatin dengan khutbah-khutbah Jumaat? Apa yang mereka mahukan?

Atau sebenarnya pemimpin DAP risau melihatkan umat Islam boleh bersatu tanpa mengira fahaman politik dan duduk di bawah satu bumbung mendengar teks ucapan Khutbah yang sama.

Desakan kepada pihak JAIS dan Masjid untuk membuat permohonan maaf bukan maksud sebenar yang mereka mahukan. Realiti sebenarnya mereka cuba menimbulkan provokasi dan berharap umat Islam melatah dan bangkit mempersoalkan mereka dengan cara kekerasan.

Ibarat membaling batu menyorok tangan dan berharap sebilangan umat Islam mencipta perkara-perkara yang tak sepatutnya berlaku seperti berhimpun di hadapan pejabat mereka, mengugut mereka secara individual dan paling diharapkan mereka adalah berlaku kejadian yang boleh mendatangkan kecederaan atau kematian kepada mereka khususnya.

Matlamatnya adalah sama iaitu untuk melihat umat Islam pecah belah kerana sudah pasti bakal ada pihak berkepentingan dari Islam sendiri di sini akan cuba mempertahankan tindakan biadap DAP atas nama Pakatan.

Akhirnya Islam akan terus terpecah kepada beberapa kelompok yang berlainan ideologi politik. Melihatkan kepada gerakan anti Islam yang dilaksanakan mereka, sudah pasti ia adalah satu perkara yang perlu diambil serius. Ini adalah salah satu bentuk ancaman kepada umat Islam di Malaysia.

Maka umat Islam hari ini perlu bersedia dari segi mental dan fizikal kerana ancaman penghinaan daripada mereka akan berterusan sehingga kita terpaksa melakukan sesuatu yang di luar jangkaan.

Umat Islam tidak perlu rasa bersalah apabila kita menghukum gerakan yang dilakukan oleh pemimpin DAP Cauvenis, sememangnya mereka memberi galakan agar tindakan extreme dilakukan terhadap mereka.

Kejadian pembunuhan secara terbuka seperti yang terjadi di Belanda baru-baru ini tidak seharusnya berlaku. Namun sekiranya penghinaan yang dilakukan oleh pemimpin DAP ini secara berterusan, sudah pastinya akan wujud ketidakpuasan hati di kalangan orang Islam.

Setiap kali kenyataan yang menghina sesiapa sahaja, tindakbalas daripada pihak yang dihina mesti ada. Sejauh mana tindakan diambil, ianya bergantung kepada sejauh mana penghinaan itu dirasai.

Setiap kita ada tanggungjawab menjaga sensitiviti dan kebanyakan rakyat Malaysia faham akan landasan menghormati sempadan agama. Namun ahli politik hari ini tidak mempedulikan perkara ini kerana sasaran mereka hanya mahu mencari kemenangan dalam Pilihanraya.

Sekiranya harga yang terlalu mahal mungkin diperlukan untuk mengajar mereka yang sengaja mahukan tindakan extreme, tidak ada salahnya.


MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.