Pengerusi BN Tentukan Sama Ada BN Bertanding DUN Chempaka @NajibRazak


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan memutuskan sama ada Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka 22 Mac depan.

Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Najib selaku pengerusi BN akan membuat keputusan tersebut selepas Majlis Tertinggi (MT) Umno bermesyuarat sebelum 10 Mac, hari penamaan calon kerusi tersebut.
"Saya belum lagi berbincang dengan Umno bahagian Pengkalan Chepa dan Badan Perhubungan Umno Kelantan...MT kena bincang dan akhirnya Pengerusi BN (Najib) akan buat keputusan," katanya kepada pemberita di sini, pada Selasa.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, mengulangi secara peribadi beliau berpandangan mungkin BN tidak perlu meletakkan calon pada PRK DUN Chempaka dan memberi tumpuan kepada kerja-kerja pemulihan pasca banjir di negeri ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh PRK DUN Chempaka 22 Mac depan manakala penamaan calon 10 Mac.

Kerusi DUN Chempaka kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akibat kanser prostat pada 12 Feb lalu.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), Nik Abdul Aziz yang merupakan Mursyidul AM PAS menang di kerusi DUN Chempaka dengan majoriti 6,500 undi.

Bekas menteri besar Kelantan itu mendapat 12,310 undi, manakala calon BN Wan Razman Wan Abd Razak memperolehi 5,810 undi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.