Terima Kasih Di Atas Komitmen Yang Terbaik – Zainal Rafique


Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Zainal Rafique mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli UMNO Bukit Bintang dan juga sukarelawan yang telah memberikan komitmen yang terbaik sepanjang menjayakan misi bantuan mangsa banjir UMNO Wilayah dan juga UMNO Bahagian Bukit Bintang.

Menurut beliau, sekiranya semangat dan komitmen membantu rakyat yang ditunjukkan dalam misi bantuan mangsa banjir ini terus kekal, ,maka insyaAllah keyakinan rakyat khususnya bangsa Melayu kepada UMNO akan menjadi semakin kukuh.


“Saya mengucapkanberbanyak terima kasih kepada semua ahlli UMNO Bukit Bintang dan juga sukarelawan yang terlibat. Alhamdulillah, dengan izin Allah kita berjaya memberikan komitmen yang baik di sepanjang usaha membantu mangsa-mangsa banjir, baik diperingkat Wilayah dan juga diperingkat bahagian kita sendiri.

“Jutaan terima kasih juga saya ucapkan pada kesemua yang menjayakan misi bantuan banjir UMNO Bahagian Bukit Bintang di Kuala Kangsar baru-baru ini. Penyertaan seramai 105 sukarelawan termasuk 11 daripadanya adalah anggota TUDM, ini bagi saya pencapaian yang amat membanggakan,” jelasnya.


Tambah beliau, segala program ini pastinya tidak akan terlaksana dengan baik tanpa kerjasama yang erat yang diperlihatkan oleh mereka yang terlibat tanpa memikirkan penat dan lelah.

“ Justeru itu, terima kasih saya ucapkan kepada Naib Ketua Bahagian, Zaini Rakimen, Ketua Wanita, YB Senator Mariany, Ketua Pemuda, Jefree Zain, pegawai-pegawai yang terlibat dan terutama kepada Pengerusi Biro Kebajikan Puan Zetty, Saudara KZ dan pasukan ‘advance team’ atas usaha-usaha gigih menjayakan program menghantarkan bantuan kepada Kuala Kangsar, Sg Siput dan Padang Rengas di Perak.


“Saya juga nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat saya Dato’ Wan Khairil, Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar yang telah menyambut kami dari Bukit Bintang dengan begitu baik sekali. Begitu juga orang-orang dari Kampung Senggang yang telah sudi menyediakan kenduri makan tengahari bersama Selebriti Chef Zam masakan selera kampung yang cukup istimewa.

“Semoga kerjasama erat serta keprihatinan kita dalam usaha untuk membantu rakyat akan berterusan dan insyaAllah UMNO Bukit Bintang akan menjadi bahagian di saf terkehadapan dalam sebarang jua usaha untuk membantu rakyat di dalam negara ini,”ujarnya.-BBPost


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.