Pembangkang Sekadar Bangkang, Main Politik Usaha Kerajaan


Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menyifatkan pembangkang sekadar membangkang usaha kerajaan dan hanya membangkitkan isu untuk dipolitikkan semata-mata.

Menurut beliau sesetengah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi berparlimen yang tulen mereka membangkang dalam keadaan yang sesuai selain ianya disusuli dengan hujah-hujah yang tertentu.

Najib Tak Perlu Letak Jawatan - Fathul Bari


Jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri yang disandang tidak perlu dilepaskan kerana ianya merupakan amanah dari Allah, kata Perwakilan Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahaya kepada Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Fathul, Khalifah Uthman ibni Affan dikatakan pernah berhadapan dengan situasi desakan untuk melepaskan jawatan selaku pemerintah pada zaman beliau, namun tidak dapat melepaskannya atas sebab patuh kepada agama.

UMNO Pernah Mati & Hidup Semula Pada Zaman Mahathir

Penulis terkejut mendengar pendedahan bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa beliau sebenarnya berpeluang untuk mencuri sebanyak RM50 bilion dari parti keramat bangsa itu ketika memegang jawatan nombor satu parti.

Katanya, beliau boleh memilih untuk ‘menghancurkan’ UMNO ketika itu, namun kononnya beliau enggan berbuat demikian. Kononnya, beliau selesaikan dulu semua masalah termasuk isu liwat bekas Timbalan Presiden UMNO merangkap bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, barulahlah beliau letak jawatan…

Begitu sekali Dr Mahathir? Beliau berpeluang curi duit UMNO sebanyak RM50 bilion? Sekiranya mencuri duit UMNO sebanyak itu, agaknya berapa bilion ringgit lagi yang tinggal dalam akaun UMNO ketika itu? RM100 bilion atau RM5 trilion?

Rumah Transit Gelandangan Di Jalan Pahang Beroperasi Februari


Rumah transit untuk gelandangan di Jalan Pahang, dijangka beroperasi 1 Februari depan bersempena Hari Wilayah Persekutuan, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata, rumah itu yang dibina dengan kos RM3 juta itu akan menjadi tempat sementara untuk golongan tersebut tidur, rehat, makan dan sembahyang selain turut menyediakan perkhidmatan kesihatan.

“Rumah tersebut telah siap dan kini dalam pemeriksaan akhir. Ia dapat menampung 260 gelandangan dalam satu masa,” katanya dalam sidang media selepas melawat tapak pembinaan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) Residensi Pandanmas di sini, Ahad.

Generasi Muda Perlu Sahut Cabaran Industri Asas Tani – Khairy


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyeru golongan muda terutamanya lepasan graduan untuk menceburi bidang asas tani yang kini semakin mendapat permintaan dalam dan luar negara.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO dalam ucapannya ketika ‘Town Hall Session’ di program Simposium Agropreneur Muda 2015 bertempat di Dewan Tun Razak 2, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini menekankan golongan muda melihat industri asas tani sebagai satu bidang kerjaya tetap.

Wanita UMNO Perkenal Tabung Pejuang Nadi Rakyat


Tabung Pejuang Nadi Rakyat bagi menghargai perjuangan dan jasa anggota veteran Wanita UMNO akan dilancarkan Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak, Rabu ini, sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015.

Ketua Pergerakannya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata tabung itu bertujuan membantu dan membela kebajikan veteran wanita yang telah uzur dan sakit.

Perwakilan Seramai 5,732 Akan Menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2015


Seramai 5,732 perwakilan akan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula dari 8 hingga 12 Disember ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, daripada jumlah itu, 2,762 merupakan perwakilan pada perhimpunan agung parti manakala 993 orang adalah perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda (992 orang) dan Puteri (991 orang).

UMNO Dikhuatiri Hilang Sokongan Melayu Jika Tidak Ada Usaha Damaikan Pemimpin Yang Bertelagah - Syed Ali

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee bimbang parti itu akan hilang sokongan orang Melayu jika tidak ada usaha mendamaikan pemimpin yang bertelagah kerana perbezaan pendapat.

"Hari ini ada pihak seperti seronok melihat sesama pemimpin UMNO bercakaran sesama sendiri,mereka seolah-olah mahu menunggu kehancuran parti itu," tegasnya.

Beliau menjelaskan, musuh-musuh UMNO sememangnya mengambil kesempatan di atas perpecahan tersebut bagi memenagi hati rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pengundi Muda Lembah Pantai Tolak Nurul Izzah Di Lembah Pantai


Golongan pengundi muda di kawasan Lembah Pantai mendesak Ahli Parlimen mereka, Nurul Izzah Anwar meletakkan jawatan dengan terhormat berikutan pertemuannya dengan anak sulung ketua pengganas Kiram, Jacel Kiram sebelum ini.

Sekiranya Naib Presiden PKR itu enggan berbuat demikian, Pengerusi Gabungan Pengundi Muda Lembah Pantai, Mohd. Nazri Abd. Rahman berkata, Nurul Izzah perlu bersedia berdepan dengan gelombang penolakan daripada mereka pada pilihan raya akan datang.

Letak Adik Perempuan Perkukuhkan Jawatan Ketua Menteri

Satu lagi usaha untuk memperkukuh kedudukan Ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng selepas adiknya Lim Hui Ying dilantik menjadi Setiausaha DAP negeri tersebut.

Kedudukan Lim Hui Ying di jawatan penting itu sudah pasti mencerminkan ketakutan Guan Eng yang mula dikritik ahli-ahli akar umbi DAP Pulau Pinang selepas dua penggal berkuasa.

Dalam pemilihan parti pada Ahad menyaksikan penentang Guan Eng ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu dan Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan negeri, Lim Hock Seng kalah dalam pemilihan jawatankuasa DAP Pulau Pinang.

Jualan Awal Kad Smart 7 & Smart 30 #RapidKL @MyRapidKL


KUALA LUMPUR, 13 November - Selaras dengan perlaksanaan sistem tambang baru LRT dan monorel bulan depan, Rapid KL akan membuat penjualan awal pakej-pakej MyRapid SMART 7 Mingguan dan SMART 30 Bulanan mulai Ahad ini (15 November) untuk kemudahan para pengguna membuat persiapan.

Kedua-dua pakej MyRapid SMART 7 Mingguan dan SMART 30 Bulanan, yang memberikan penjimatan lebih kepada para pengguna, boleh dibeli di mana-mana stesen monorel dan LRT termasuk empat stesen baru Awan Besar, Muhibbah, Alam Sutera dan Kinrara BK5.

Sengketa DAP Dengan PAS,PKR Kembalikan Keyakinan Rakyat Terhadap UMNO - Syed Ali

UMNO perlu memanfaatkan sengketa tiga penjuru antara DAP dengan PAS dan PKR bagi menjelaskan kepada rakyat betapa parti politik pembangkang tidak pernah konsisten dalam perjuangan mereka, kata Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

"Apa yang mereka perjuangkan ialah kedudukan dan kuasa serta kepentingan kaum tertentu, ini bertentangan dengan aspirasi masyarakat pelbagai kaum di Malaysia," tegasnya.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu menjelaskan, perbalahan antara PAS, PKR dengan DAP pada dasarnya memberi keuntungan politik kepada UMNO termasuk Barisan Nasional (BN).

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Di Landasan Tepat - Najib


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi keyakinannya bahawa ekonomi Malaysia akan mencatat pertumbuhan antara 4.5 hingga 5.5 peratus tahun ini walaupun negara dibayangi ketidaktentuan ekonomi global.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, dengan mengambil kira kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang diterima untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini dan dipadankan enam bulan kedua, Malaysia di landasan tepat untuk mencapai pertumbuhan itu.

Melayu Usah Berangan Miliki Tempat Dalam Jawatankuasa Negeri Mahupun Pusat DAP

Kekalahan Edry Faizal Eddy Yusof dalam pemilihan kepimpinan DAP Selangor pada Ahad patut sangat menjadi bahan renungan orang terpelajar macam Dr Abdul Aziz Bari yang merasa parti itu wadah terbaik beliau berteduh.

Begitu juga bagi Young Syefura Othman yang selalu kelihatan berarak ke sana kemari dengan Dyana Sofea,bekas calon pilihanraya kecil Teluk Intan yang ditonjolkan sebagai ikon muda Melayu dalam DAP.

Edry Faizal bukanlah nama besar dalam DAP, namun kekalahan calon tunggal Melayu ini dalam pemilihan Ahli jawatankuasa DAP Selangor seolah memberi gambaran tentang penerimaan orang Melayu dalam parti itu.

Pindaan Perketat Akta Cukai Pendapatan 1967


Pihak yang tidak memfailkan penyata cukai pendapatan dan kemudiannya didapati bersalah tidak berbuat demikian untuk dua tahun berturut-turut atau lebih boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya.

Itu antara cadangan butiran pindaan Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP) yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di dewan Rakyat pada Selasa.

Denda antara RM200 hingga RM2,000 boleh dikenakan terhadap pihak yang tidak memfailkan penyata untuk satu tahun tertentu mengikut pindaan Rang Undang-undang (RUU) Akta Kewangan 2015.

Ahli Umno Perlu Elak Lontar Kenyataan Peribadi - KJ

Pergerakan Pemuda Umno hari ini sebulat suara mahu semua anggotanya menjadikan program yang dapat mengukuhkan parti sebagai keutamaan, selain tidak membuat kenyataan mengikut pandangan peribadi.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata walaupun setiap anggota mempunyai hak menyatakan pandangan tetapi perlu diingat bahawa pada waktu dan ketika ini fokus mereka adalah terhadap agenda yang menyumbang kepada keutuhan parti.

"Kami harus komited pada perkara dan hal yang dapat menguatkan dan merapatkan setiap ruang antara ahli dan terus bekerja untuk masa hadapan parti di samping memastikan segala masalah berbangkit dalam parti dapat diselesaikan," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda Umno di Ibu Pejabat Umno di sini.

Beliau berkata sudah menjadi ketetapan Pemuda Umno seperti pada mesyuarat exco yang lepas walaupun Pemuda membangkitkan beberapa perkara yang perlu ditangani pucuk pimpinan, tetapi pergerakan itu terus komited mendukung parti dan mengelak perbuatan yang hanya menimbulkan ketegangan.

Sementara itu, Khairy berkata Pemuda Umno akan memfokuskan kepada pemerkasaan latihan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) di bawah nama Pemuda Mahir yang ia juga merupakan aspirasi yang mampu mengangkat golongan muda kerana bukan sahaja mereka berpendidikan malah mempunyai ilmu kemahiran.

Program Pemuda Mahir itu juga akan dilancarkan pada awal tahun depan sebagai menyokong usaha kerajaan dalam mengarusperdanakan aliran pendidikan berteraskan kemahiran.

Program lain yang turut dikelolakan Pemuda ialah Simposium Pengurusan Ringgit bagi pendedahan tentang pengurusan kewangan terutamanya pengurusan kewangan peribadi dan Simposium Agropreneur Muda 2015 yang menawarkan skim Agropreneur dengan geran sebanyak RM30,000 kepada Usahawan Tani yang layak.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata aspirasi orang muda yang berada di luar parti akan menjadi mukadimah perbahasan Pemuda Umno sewaktu Perhimpunan Agung UMNO Disember ini.

"Ia bagi memastikan hujah yang dibawa pada perhimpunan agung adalah relevan dengan idea dan kehendak seluruh anak muda tidak mengira parti, justeru kami akan panggil pemimpin yang bukan sahaja berada dalam Umno termasuk mahasiswa untuk memberi pandangan mereka pada Konvensyen Untuk Orang Muda yang akan diadakan 28 November ini," katanya.

Berkenaan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Khairy berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) adalah paling sesuai menyelesaikan isu itu memandangkan ia turut diwakili pihak pembangkang.

"Apa sahaja ketetapan atau keputusan yang dibuat oleh PAC, pembangkang tidak boleh kata ia berat sebelah," katanya. - Bernama

Adakah #Bajet2016 Bakal Membawa Khabar Gembira Untuk Rakyat?


Pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari ini dijangka memberi khabar gembira buat rakyat. Rata² pendapat di laman sosial berharap menerusi bajet tersebut kerajaan akan mengambil kira kepentingan golongan masyarakat pelbagai peringkat.

Penjelasan Datuk Johari Abdul Ghani Berhubung Isu Demontrasi Penduduk Datuk Keramat Semalam


Berikut adalah penjelasan yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp mengenai isu demontrasi penduduk di Datuk Keramat mengenai penjualan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada pemaju.

Pengetua Sekolah Cuba Sabotaj Hari Sukan Negara?


Pengetua di Sekolah Menengah Wangsa Maju Seksyen 1 didakwa cuba mensabotaj sebuah program yang dianjurkan sempena Hari Sukan Negara 2015.

Ianya selepas pengetua terbabit yang pada mulanya bersetuju untuk membantu membekalkan elektrik bertindak menarik balik persetujuan tersebut.

PRASARANA Kaji Semula Operasi Makkah Metro Untuk Mantapkan Perkhidmatan @NajibRazak @azmiaziz60

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), yang menerajui operasi Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro Southern Line (MMMSL) buat julung kali tahun ini, akan mengkaji semula formula pergerakan tren yang digunakan tahun ini bagi memantapkan operasi Haji musim depan.

Walaupun mendapat pujian daripada pihak berkuasa Arab Saudi untuk operasi sulungnya tahun ini, Prasarana, yang dianugerahkan kontrak tiga tahun sehingga musim haji 2017, mahu mutu perkhidmatan diperbaiki lagi untuk meningkatkan keselesaan dan melicinkan lagi perjalanan haji para jemaah yang menggunakan MMMSL.

Kerajaan Tidak Biaya Dana RM20 Bilion ValueCap

Kerajaan tidak menyediakan pembiayaan kepada Valuecap Sdn Bhd (ValueCAP) sebaliknya syarikat pengurusan dana khusus berkenaan diberi mandat untuk mengumpulkan dana sehingga RM20 bilion sekiranya perlu daripada pemegang sahamnya serta dana kewangan dan permodalan lain.

Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE) dalam satu kenyataan hari ini berkata dana berkenaan adalah sebagai persediaan sekiranya senario kelembapan pasaran modal berterusan ekoran keadaan ekonomi global yang tidak menentu sekarang.

Umno Youth Leaders Want PAC Disbanded, Members Probed


Umno Youth leaders want the Public Account Committee (PAC) to be dissolved, claiming PAC members are suspected of providing false information to foreign media.

“The sale of confidential information…is a serious crime and can victimise those under investigation. It also causes negative perception, not only to 1MDB but the national economy.

Jangan Biarkan Melayu Dihina, Dipersendakan - Syed Ali

\

UMNO perlu diperkukuhkan demi memelihara survival dan maruah orang Melayu serta umat Islam supaya tidak berterusan menjadi bahan cacian dan persendaan pihak tertentu, tegas Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu berkata, sudah cukup betapa selama ini orang Melayu dan umat Islam dihina dan diperlekehkan oleh bukan Melayu di tanahairnya sendiri.

"Demi maruah dan masa depan orang Melayu, kita perlu kembali bersatu dan UMNO dilihat sebagai pertubuhan politik yang berkeupayaan berbuat demikian," tegasnya.

Khairuddin Abu Hassan, The Man In The Eye of The Storm - Raja Petra Kamarudin


Khairuddin Abu Hassan is the man tasked with the job of hounding Prime Minister Najib Tun Razak until he throws in the towel and resigns his post. And to make sure that Najib is not able to dissolve Parliament and call for a fresh parliamentary election once a vote of no confidence against him is successfully passed next month, Khairuddin has travelled to a few countries to lodge police reports to try to get those bank accounts said to be linked to the Prime Minister blocked.

Without money Najib cannot call for a fresh parliamentary election once the vote of no confidence is passed and would instead have to resign.

Fitnah Kononnya Jemaah Haji Tidak Boleh Tukar Duit Di Arab Saudi


Pagi tadi bertempat di perumahan FELDA Gelanggi 04 Jerantut Pahang, Pengerusi Tabung Haji, YB Datuk Seri Panglima Hj Abdul Azeez Rahim dengan tegas menafikan khabar angin kununnya matawang ringgit negara kita tidak laku di tanah suci....

Dikala waktu ini sedang berlangsungnya musim ibadah Haji, tiba-tiba muncul juak juak yang tidak bertanggungjawab membawa perkhabaran palsu bernilai FITNAH menyebarkan berita menakut-nakutkan jemaah yang masih belum berangkat untuk mendepani kepayahan jika mahu berbelanja sewaktu berada di Mekah dan Madinah.

Ahli #UMNO Jangan Terperangkap Politik Kebencian Dijana Oleh Pembangkang - Syed Ali


Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengingatkan ahli-ahli UMNO agar tidak terperangkap dengan sentimen 'bencikan pemimpin' yang didakwanya sedang giat dilakukan oleh pembangkang menerusi laman sosial.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu berkata, pihak pembangkang termasuk kumpulan anti-kerajaan sengaja memanaskan kedaaan agar timbul kebencian rakyat terhadap kerajaan khususnya UMNO.

Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Sokong Wujudkan Hub IT Di Medan MARA


MENYOKONG CADANGAN MEWUJUDKAN PUSAT JUALAN ALAT TELEKOMUNIKASI KHAS UNTUK USAHAWAN MELAYU & BUMIPUTERA

Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan (PPUWP) bersetuju dengan cadangan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Dato’ Seri Ismail Sabri mengenai hasrat beliau dan agensi mahu mewujudkan pusat jualan alat telekomunikasi dan gajet-gajet, khas buat usahawan Melayu Bumiputera di dalam premis milik MARA.

Melihat kepada perkembangan isu semasa yang melanda negara baru-baru ini, inilah titik awal Melayu Bumiputera bangkit daripada kekecewaan dek sikap biadap peniaga di Plaza Low Yat, Bukit Bintang yang enggan bertolak ansur dan pastinya sikap biadap samseng mereka itu adalah detik akhir kita berurusniaga dengan mereka.

Keluarga Dihalau Keluar Rumah Mendapat Perhatian Biro Kebajikan #UMNOWP #WilayahPrihatin @TengkuAdnanReal


Lewat semalam telah viral di Facebook mengenai sebuah keluarga yang dikatakan telah dihalau keluar dari rumah sewa mereka di Selayang. Banyak perkongsian mengenai keluarga ini dilihat melalui laman media sosial dan melalui pesanan ringkas What’sApp.

Sejurus mendapat pesanan ringkas tersebut, Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Wilayah Persekutuan saudara Mohd Rafi Alli Hassan telah meminta AJK Biro, Pn. Salmah Pin untuk menziarahi keluarga terbabit.

Tambat Mata Wang Bukan Strategi Terbaik Pulihkan Ekonomi - Datuk Johari @joharighani_ttw


Kerajaan tidak merancang untuk menambat mata wang negara kerana percaya langkah itu bukan strategi terbaik dalam memulihkan semula kedudukan ekonomi Malaysia.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, sebab utama langkah tersebut tidak boleh dilakukan di negara ini kerana ekonomi Malaysia yang bersifat terbuka dan banyak menjalankan urus niaga perdagangan dengan beberapa negara luar.

Only Politicians Are Saying Malaysia’s Economy Will Collapse Because of Ringgit Breached RM4.00 For A Dollar


Today, the Ringgit breached RM4.00 for a dollar.

When I logged in to my Facebook and Twitter accounts, 9 out of 10 posts that appeared on my timeline were slamming the Government on the Ringgit.

To sum them up, youths who dominate social media today were posting comments as though tomorrow spells the end for Malaysia.

Saya Siserang Bukan Kerana Saya Najib - Presiden @NajibRazak


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau bukan seorang presiden parti yang mahukan semua pemimpin Umno menjadi 'yes man' kepadanya.

Presiden Umno itu berkata, jika semua pemimpin dalam parti menjadi 'yes man' semata-mata, maka tidak ada pendapat yang berbeza dalam parti.

Perdana Menteri Sahkan Penemuan Serpihan Pesawat Milik #MAS #MH370 @NajibRazak @TengkuAdnanReal


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion di timur Lautan Hindi minggu lalu milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Mengumumkan perkara itu kira-kira jam 2 pagi ini, Najib menyatakan siasatan pakar antarabangsa mengesahkan serpihan terbabit adalah sebahagian pesawat milik MH370 selepas 515 hari kehilangannya.

Kenyataan Media Setiausaha Agung UMNO Buat Ahli² UMNO Seluruh Malaysia @TengkuAdnanReal

Saya meminta semua barisan kepimpinan UMNO di peringkat Negeri, Bahagian dan Cawangan serta ahli-ahli UMNO di akar umbi untuk bertenang dan memberi sepenuh kepercayaan kepada Presiden parti, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak berkaitan keputusan beliau melakukan rombakan kabinet hari ini.

Sewajarnya, keputusan YAB Presiden melakukan rombakan kabinet tidak perlu dipersoalkan sebagaimana hak beliau yang memegang amanah bagi memastikan barisan Jemaah Menteri kukuh dalam menghadapi cabaran mengurus tadbir negara.

Selaras dengan itu, saya juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi yang telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia, juga tahniah kepada barisan anggota kabinet yang baharu dilantik.

Dalam masa yang sama, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan berterima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang telah menerajui kepimpinan selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebelum ini, juga kepada Dato’ Seri Shafie Apdal dan Dato’ Seri Hassan Malek yang telah mencurahkan khidmat bakti dalam kementerian masing-masing sebelum ini.

Sehubungan itu, sekali lagi saya menyeru ahli-ahli UMNO sekalian untuk terus, bersatu padu, memperteguh muafakat dan memperkukuh tekad dalam memastikan parti terus teguh serta dapat bersama-sama mempertahankan kesejahteraan negara.

BERSATU – BERSETIA – BERKHIDMAT

TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR

28 Julai 2015

Setiausaha Agung Ajak Ahli UMNO Berpegang Teguh Kepada Matlamat Perjuangan Parti @TengkuAdnanReal

KENYATAAN MEDIA OLEH SETIAUSAHA AGUNG UMNO

Saya terpanggil untuk meminta semua ahli-ahli UMNO, dari kepimpinan atas hinggalah ahli-ahli di akar umbi agar mengambil sikap bertenang dan berfikir secara rasional berhubung pelbagai isu yang berlaku di sekeliling kita sejak kebelakangan khususnya serangan bertali arus terhadap Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Seharusnya kita terus memberikan sokongan padu kepada pemimpin atasan kita serta memberi ruang kepada beliau untuk memikirkan tindakan yang sewajarnya diambil demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Kami Bukan Sebuah Parti Samseng - @TengkuAdnanReal


KUALA LUMPUR: Setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendakwa tokoh DAP Lim Kit Siang mungkin sendiri mencetuskan tindakan ahli Umno membaling cawan, pinggan dan mangkok termasuk juga penyapu lidi terhadapnya.

Walaupun mengaku belum mendapat bukti provokasi oleh pemimpin DAP itu, Tengku Adnan berkata, laporan diterimanya mengenai kejadian di Taman Megah Ria, Masai itu menunjukkan kejadian itu berlaku selepas Kit Siang menyebut sesuatu yang dianggap menghina di majlis berkenaan.

Malaysiakini Jangan Lagakan #UMNO & Rakyat - @razlanrafii


Mana-mana pihak serta organisasi media diminta tidak membuat cubaan melagakan UMNO dengan rakyat demi kepentingan serta motif politik peribadi semata-mata.

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Razlan Muhammad Raffi berkata, cubaan portal berita Malaysiakini yang dikatakan mengelirukan rakyat selama ini disifatkan keterlaluan sehingga menimbulkan kebencian kepada UMNO.

Permohonan Papan Iklan Selama 2 Minggu Diberikan Kepada KL, Putrajaya & Labuan - Menteri Wilayah @TengkuAdnanReal


Isu papan tanda UMNO yang dipasang di ibu pejabat parti itu di Pulau Pinang, yang diturunkan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada Jumaat perlu diselesaikan mengikut undang-undang, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Kita negara yang berundang-undang, tidak kira UMNO atau DAP, macam mana sekalipun kita mesti patuh kepada undang-undang. Jangan kita ambil undang-undang dalam tangan kita.

DAP Halau PAS Keluar Pakatan

DAP sekali lagi dengan secara terbuka mendesak Pas keluar daripada pakatan pembangkang dengan alasan, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat seolah-olah ‘berjasad pembangkang tapi berhati UMNO’.

Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan, Lim Guan Eng berkata, tidak mustahil bagi pakatan pembangkang untuk berpecah dalam masa terdekat ini iaitu antara dua minggu atau mungkin lebih lama lagi.

Pihak Tertentu Menjadi Dalang Rosakkan Hubungan PM & Tun Mahathir - Syed Ali


Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya waspada dengan gerakan pihak tertentu memperalatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menyerang Datuk Seri Najib Razak sehingga memaksanya melepaskan jawatan Perdana Menteri.

"Ini semua taktik terbaru pihak tertentu melaga-lagakan sesama pemimpin UMNO dengan tujuan menghancurkan perpaduan orang Melayu di negara ini," tegasnya dalam entri blog beliau.

Suhaimi Calon Yang Selalu Berada Dekat Dengan Anda #PRKPermatangPauh #BarisanNasional


Walaupun terpaksa berdepan dengan calon nama besar dan berpengaruh namun ia bukan bermakna BN tidak mempunyai harapan untuk menang dalam PRK Permatang Pauh.

Calon BN, Suhaimi Sabudin yakin mempunyai peluang untuk diterima penduduk Permatang Pauh kerana anak tempatan dan boleh memberi tumpuan sepenuhnya di kawasan itu jika dipilih sebagai ahli parlimen.

Akar Umbi UMNO Pertahankan Najib, Tetap Hormati Tun Mahathir - Syed Ali @NajibRazak


DATUK Seri Syed Ali Alhabshee berkata, ahli-ahli UMNO tetap menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dalam masa yang sama masih menyayangi Tun Dr.Mahathir Mohamad.

"Akar umbi UMNO disetiap pelusuk tetap menyokong kepimpinan Najib tetapi mereka juga menghormati Dr. Mahathir," tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras itu.

UMNO Wilayah Persekutuan Lafaz Sokongan Kepada Najib @NajibRazak @TengkuAdnanReal


UMNO Wilayah Persekutuan hari ini melafazkan sokongan dan taat setia tidak berbelah bahagi kepada kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Pada masa sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau menyampaikan rasa hormat yang sangat tinggi kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang banyak berjasa dan berbakti kepada kepentingan rakyat dan negara. 

Facebook : Peniaga Tidak Kena #GST Sengaja Ambil Kesempatan Buat Untung


Kalaulah peniaga boleh kebas dan pelarikan cukai GST seperti SST tentu mereka gembira menyambut kedatangan GST..

Sepatutnya harga barang di tolak SST dahulu sebelum dikenakan GST tetapi ada pulak tokok tambah caj 11% sebab nak cover keadaaan dulu boleh pelarikan cukai SST.

HELP Tuisyen Pemuda Diperluaskan Dengan Tambahan 50 Lagi Pusat Tuisyen


Menyedari kepentingan pendidikan dapat membantu mengubah nasib seseorang ke tahap lebih baik, Program HELP Tuisyen diteruskan tahun ini dengan tambahan 50 pusat tuisyen di seluruh negara.

Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun berkata, program tuisyen anjuran Biro Hal Ehwal Bandar dan Perumahan Pemuda UMNO (Biro HELP) adalah satu inisiatif parti menaik taraf hidup masyarakat, terutamanya dalam pendidikan, untuk membantu anak-anak muda kurang berkemampuan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

Takut Menerima Penjelasan Sebenar 1MDB & #GST, Rafizi & Tony Phua Menghilangkan Diri


Ramai yang menjangkakan sesi penggulungan titah DiRaja oleh Kementerian Kewangan akan hangat dengan soalan-soalan panas oleh pembangkang. Tapi tekaan tersebut meleset kerana Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dapat selesai dalam tempoh sejam.

Dua ahli parlimen pembangkang iaitu Rafizi Ramli dan Tony Phua yang selama ini kerap mengkritik dan membuat tohmahan terhadap kerajaan berhubung 1MDB dan GST, hilang entah ke mana. Ramai yang menjangkakan dua nama terbabit akan berada di Dewan Rakyat ketika penggulungan kememterian terbabit.

DAP Punca Negara Menuju Krisis Perlembagaan - Rahman Dahlan @mpkotabelud


Malaysia menuju ke arah krisis perlembagaan ekoran tindakan pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng yang menyalahkan UMNO dan PAS kerana pertikaian berlanjutan mengenai isu Hudud.

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan menerusi twitter memuat naik beberapa siri komen mengusulkan bahawa sokongan dan kerjasama DAP dengan PAS dalam pakatan pembangkang akhirnya membantu mengasuh keinginan Hudud parti Islam itu.

Siapa Tikam Siapa Dalam Pakatan? #UMNOWP


‘Siapa Tikam Siapa’ dilihat menjadi lagu popular di dalam pakatan pembangkang dan ianya bukanlah satu perkara pelik dan juga bukanlah satu ungkapan baru kerana realitinya pakatan pembangkang tidak mempercayai antara satu dengan yang lain.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata perkara itu sudah dijangkakan akan berlaku kerana pokok pangkalnya adalah disebabkan oleh ketiadaan dasar bersama di dalam pakatan terbabit.

BN Umum Pendirian Berhubung Pelaksanaan Hudud Di Kelantan, Esok

BN akan mengumumkan pendirian parti itu berhubung pelaksanaan hukum hudud di Kelantan selewat-lewatnya Selasa ini, kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Pengumuman itu akan dibuat oleh Perdana Menteri dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak selewat-lewatnya esok atau lusa. Seperti diketahui, hudud mesti mengikut Perlembagaan negara.

"Saya tidak kata yang kami menentang hudud. Hukum tetap hukum. Sebagai orang Islam, hukum ALLAH merupakan hukum. Pihak yang memainkan (isu) ini ialah DAP dan PKR," katanya ketika diminta mengulas pendirian BN terhadap isu hukum hudud.

Tengku Adnan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Pasukan Sukarelawan Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (Combi) dan Kelab Rukun Tetangga Suria (Cawangan Bunga Matahari) di sini hari ini.

SPAD Umum Kenaikan Tambang Teksi Dan Bas Ekspres


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini mengumumkan penetapan kadar tambang baharu bagi perkidmatan teksi akan berkuatkuasa dengan serta merta manakala bagi bas ekspres pula, bermula pada 15 Mei ini.

Menurut Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar, penetapan kadar baharu itu adalah berikutan berlakunya kenaikan kos termasuk penyelenggaraan, insurans dan kos sara hidup.

Harga tambang kini tidak lagi relevan dengan kenaikan kos-kos tersebut, katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Waspada Golongan Salah Guna Konsep Jihad - titah Agong

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah rakyat perlu berwaspada dengan propaganda golongan ektrem dan tidak terpedaya dengan dakyah menyalahgunakan konsep jihad atas nama agama.

Baginda bertitah, pihak berkuasa juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mengganggu gugat perpaduan negara dengan mengadu domba dan menyebarkan fitnah termasuk menerusi media sosial.

"Beta ingin menasihatkan golongan ini menghentikan terus perbuatan tidak bertanggungjawab itu dan pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan tegas terhadap pihak terbabit," titah baginda ketika merasmikan pembukaan mesyuarat pertama, penggal ketiga Majlis Parlimen ke-14 di sini, hari ini.

Perhimpunan Syok Sendiri Gagal, Rakyat Semakin Bosan - @razlanrafii


Perhimpunan kemuncak #KitaLawan yang berlangsung di ibu negara petang tadi tidak ubah seperti himpunan 'syok sendiri' dan hanya menyusahkan orang ramai untuk bersantai pada hujung minggu.

Perhimpunan itu menyebabkan lalu lintas menghala ke ibu kota sesak teruk.

Pemergian Harun Salim Bachik Satu Kehilangan Besar - @NajibRazak

Allahyarham Harun Salim Bachik (kiri) bersama Afdlin Shauki ketika menyerahkan borang
keahlian UMNO

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga pelakon komedi terkenal, Harun Salim Bachik, yang meninggal dunia petang semalam.

“Takziah atas pemergian Harun Salim Bachik…saya sering menonton lakonan beliau dan ia merupakan satu kehilangan besar untuk industri hiburan,” kata beliau dalam catatan terbaharunya dalam laman Facebook dan Twitter.

‘Napoleon Kecil’ Pengacau – TPM


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mem­beri teguran terhadap ke­munculan ‘Napoleon kecil’ yang menjadi halangan kepada pembentukan pasukan lebih mantap dalam Kementerian Pendidikan.

Muhyiddin berkata, warga ke­men­terian tidak harus bekerja da­lam kelompok sendiri kerana setiap matlamat dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan tidak mungkin dicapai tanpa sokongan pelbagai agensi.

Pengerusi BN Tentukan Sama Ada BN Bertanding DUN Chempaka @NajibRazak


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan memutuskan sama ada Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka 22 Mac depan.

Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Najib selaku pengerusi BN akan membuat keputusan tersebut selepas Majlis Tertinggi (MT) Umno bermesyuarat sebelum 10 Mac, hari penamaan calon kerusi tersebut.

Malaysia & Kemboja Perkukuh Kerjasama Dua Hala Dalam Pertahanan

Hishammuddin diminta bantuan oleh pelancong dari German untuk menangkap gambar kenangan mereka di Angkor Wat, Kemboja.

Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kementerian Pertahanan Nasional Kemboja menandatanghani Surat Hasrat untuk mengukuhkan kerjasama dua hala dan hubungan bagi kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata surat itu menyatakan bahawa kedua-dua negara bersetuju untuk meningkatkan kerjasama pertahanan dan hubungan rakyat dengan rakyat melalui kerjasama ketenteraan.