Najib Umum 3 Langkah Tambahan Untuk Mangsa Banjir #PrayForPantaiTimur #Banjir2014


Ramai 'penganalisis' facebook yang sibuk tanya kenapa Malaysia tidak disiytiharkan darurat sedangkan banjir kali ini menyebabkan lebih 100,000 rakyat dipindahkan.

Soalan itu menarik perhatian wartawan untuk ditanya sendiri pada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatannya ke Kelantan pada Sabtu.

Sah DAP Tolak Hudud


Perjuangan Pas untuk melaksanakan hukum hudud semakin sukar apabila DAP menegaskan pakatan pembangkang tidak akan melaksanakan undang-undang Islam itu jika berjaya memerintah negara selepas pilihan raya umum akan datang.

Pendirian DAP itu juga diper­ku­kuhkan melalui satu resolusi menolak pelaksanaan hukum hudud sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan yang diluluskan sebulat suara oleh 938 perwakilan semasa Persidangan Kebangsaan DAP 2014 di Petaling Jaya hari ini.

Selain Tarik Balik Pasport, Taraf Warganegara Juga Harus Dilucutkan - Syed Ali


Selain Paspot Malaysia Antarabangsa (PMA) di tarik balik, kerajaan juga disarankan supaya melucutkan taraf kerakyatan penulis blok seks, Alvin Tan dan aktivis bebas, Ali Abd. Jalil yang kini dipercayai bersembunyi di luar negara.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabsheeberpendapat, tindakan melucutkan taraf warganegara mereka berdua sebagai pengajaran kepada individu atau pihak tertentu supaya tidak menyebarkan fitnah, provokasi dan cercaan menerusi laman-laman sosial.

Pemilihan Majlis Peguam Menggunakan Sistem Kuno - Jefree Zain


Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang, Jefree Zain Affendi berkata, sistem yang digunakan untuk pemilihan ahli jawatankuasa majlis peguam baru-baru ini adalah sistem kuno yang membuka ruang yang luas untuk penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

Menurut beliau, sistem pemilihan majlis peguam amat diragui dan tidak menepati ciri-ciri ketelusan dan membuka ruang penyelewengan yang luas.

Lantang Kritik SPR Tapi Pemilihan Majlis Peguam Sendiri Penuh Adegan Melucukan

Seorang pengamal undang-undang, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang menjadi calon dalam pemilihan ahli jawatankuasa majlis peguam menyifatkan sistem pemilihan yang digunakan oleh badan tersebut merupakan sistem pemilihan yang kelakar dan lucu.


Menurut beliau, majlis peguam sepatutnya membersihkan sistem pemilihan mereka terlebih dulu sebelum mendesak SPR melalui NGO Bersih untuk membersihkan sistem pilihanraya negara.

Kami Tidak Pernah Bayar Sesiapa - Ku Nan


Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menafikan dakwaan Umno memberi dana kepada blogger untuk jadi alat penyebar maklumat parti atau menyerang pembangkang.

“Kami tidak pernah bayar sesiapa,” katanya ketika diminta mengulas berhubung desakan Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar supaya Umno mendedahkan berapa banyak yang dibelanjakan parti itu membayar gaji blogger untuk menyerang pembangkang.

UMNO & BN Mungkin 'Bungkus' Jika Tidak Berubah


Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran bahawa Umno dan BN akan kehilangan kedudukan sebagai kerajaan pemerintah jika tiada inisiatif baharu dilaksanakan untuk menjadikan parti itu kekal relevan.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri, menegaskan keadaan semasa menunjukkan 44 kerusi parlimen milik BN berada dalam kategori 'kelabu' dan sekiranya undi rakyat jatuh sekitar dua peratus sahaja, mereka akan kehilangan majoriti minimum yang diperlukan untuk menjadi kerajaan.

Wujudkan Jabatan Hartanah Bumiputera - Wan Shahrul Nizam


Kerajaan perlu mengawal pembinaan rumah mewah yang terlampau banyak di bandar-bandar sehingga menyebabkan golongan belia, terutama belia Melayu, tidak mampu memilikinya.

Ketua Pemuda Umno Wangsa Maju Wan Shahrul Nizam Wan Othman berkata perkara yang perlu diutamakan ialah pembinaan rumah mampu milik dalam kawasan bandar.

Bina Lebih Banyak Rumah Mampu Milik - Datuk Zainal Abidin


Kerajaan diminta menyediakan lebih banyak perumahan mampu milik kepada golongan pertengahan di kawasan bandar.

Bagi mencapai hasrat itu, wakil UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Zainal Abidin Mohd. Rafique mahu kerajaan mensyaratkan agar perumahan mampu milik yang dibina oleh pihak swasta dijual kepada agensi-agensi kerajaan.