Pembahas Perlu Berani Bawakan Usul @IsmailSabri60


Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Ismail Sabri mengharapkan agar perbahasan kali ini akan dibahaskan dengan penuh terbuka, berani dan dapat membawa harapan serta suara akar umbi orang Melayu di negara ini.

Kata beliau, pembahas-pembahas usul juga perlulah membahaskan usul secara terbuka dalam setiap isu yang dibahaskan tanpa ada rasa takut dan tanpa ada sekatan.

MCA Jangan Nak Ajar & Campuri Urusan UMNO


Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengingatkan MCA jangan mencampuri ‘urusan UMNO’kerana UMNO selama ini tidak pernah campur tangan dalam urusan parti itu.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu menegaskan, UMNO selama ini mengambil sikap berdiam diri dan banyak bersabar ketika pemimpin MCA secara terbuka mencetuskan isu sensitif membabitkan orang Melayu.

“Saya minta pemimpin MCA jangan celupar, jangan campur urusan persidangan UMNO kerana tidak ada kena mengena dengan mereka,” ujarnya.

UMNO Perlu Berubah Demi Survival Melayu

Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, UMNO memerlukan barisan pemimpin berkualiti bagi menjamin kesinambungan perjuangan politik orang Melayu.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu menegaskan, senario masa kini memerlukan transformasi politik secara menyeluruh.

Pesalah Rasuah Bakal Didakwa Di Bawah 2 Akta Secara Serentak


Janji Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tidak memberi sebarang maaf kepada pemberi dan penerima rasuah benar-benar dikotakan apabila setiap pesalah jenayah kolar putih berkenaan akan didakwa di bawah dua pertuduhan secara serentak bagi tiap-tiap satu kesalahan.

Bermula 1 Oktober, arahan telah dikeluarkan kepada seluruh pegawai SPRM agar mana-mana pesalah rasuah yang terbukti terlibat perlu didakwa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 bersekali dengan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2011.

Respon Pergerakan Pemuda UMNO WP Terhadap Dewan Pemuda PAS


PAS Tak Perlu Melatah Dengan Kenyataan Tengku Adnan

Akhirnya Dewan Pemuda PAS keluar daripada kepompong kebaculan demi untuk mempertahankan parti mereka daripada terus menuju ke arah kesesatan. Jika sebelum ini, banyak isu² dalaman Pakatan Rakyat yang melanda dan menjejaskan kredibiliti PAS. Lebih² lagi apabila ia melibatkan kes saman terhadap Presiden PAS oleh rakan dalam Pakatan tetapi hari ini mereka bersuara apabila digelar ‘parti sesat’.

Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan mengambil ketetapan menyokong kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor berhubung isi ucapan beliau semasa di dalam program Multaqa Biro Agama UMNO Malaysia.

UMNO Perlu Berubah - Syed Ali


Umno perlu berubah dan menjuarai isu-isu rakyat untuk kekal relevan dalam arena politik tanah air berbanding terus bernostalgia dengan cerita-cerita kejayaan parti, kata Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Seri Syed Ali Alhabshee. 
 
Beliau berkata lebih tumpuan perlu diberikan kepada pengundi di kawasan bandar memandangkan Umno hampir 'tidak relevan' di situ berbanding luar bandar yang menyaksikan peningkatan sokongan kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13, Mei tahun lepas.

UMNO Wajib Berubah Dan Lantang Bersuara

Pemimpin dan ahli UMNO perlu berubah dan lebih lantang bersuara bagi meyakinkan orang Melayu bahawa UMNO adalah wadah terbaik untuk mempertahankan agama Islam dan generasi masa depan.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, UMNO perlu berjuang habis-habisan dan terus lantang bersuara terutama apabila membabitkan soal akidah dan maruah malah konsep wasatiyyah perlu diungkap dengan makna keseimbangan dan bukan lagi bermaksud sederhana dalam melakukan sesuatu perkara.

“Bagi kita, perjuangan habis-habisan dan kelantangan itu juga adalah satu bentuk perimbangan dan keseimbangan apabila kena pada masa dan topiknya kerana wasatiyyah usah ditafsir sebagai sederhana semata-mata kerana nanti kita terpalit dengan sindrom sederhana yang akhirnya melahirkan umat serba sederhana.

“Sederhana dalam pencapaian ilmu, ekonomi, pendidikan dan hampir semua ruang lingkup kehidupan,” katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, UMNO tidak boleh lagi berdiam diri dan membiarkan pihak lain lebih terkehadapan dalam mempertahankan asakan yang semakin kuat mencabar kedudukan agama, raja-raja, hak-hak istimewa orang Melayu dan bahasa.