Biro Media Sosial Putrajaya Serius Laksana Amanah @TengkuAdnanReal @razlanrafii


Biro Media Sosial dan Teknologi Maklumat UMNO Bahagian Putrajaya sepakat untuk memperteguh tekad dalam memastikan perjuangan parti bersemarak melalui media baharu dengan meningkatkan aplikasi penggunaan di semua lapisan masyarakat.

Dalam mesyuarat yang berlangsung pada 29 Okt 2014, Rabu, Pengerusinya En Mohd Zailani Mohd Shafi mahukan setiap anggota untuk menggerakkan keseluruhan media sosial dalam usaha memastikan perjuangan UMNO dihayati selain info semasa yang boleh dikongsi untuk manfaat bersama.

Lawan Kerajaan Kemudian Lari Ke Luar Negara


Rupanya di Malaysia ni dah tak ada keadilan.. Kononnya di Malaysia ni dah tak ada kebebasan bersuara.., sebab tu lah ramai yang sokong Anwar dan Pakatan demi mencari sebuah ruang untuk menyatakan pendapat sendiri walaupun pendapat tu tak diperlukan dan tak memberi sebarang jasa kepada negara..

Sebagai contoh.., budak yang bernama Ali Abd Jalil yang hina Sultan Johor tak berapa lama dulu.. Sekarang ni budak tu dah lari ke Sweden dengan bantuan dari geng-geng Pakatan.. Katanya.., di Sweden lebih selamat sebab disana boleh maki hamun Raja sesuka hati tanpa kena tangkap..

Antara Ketaksuban Dan Kekeliruan Anak Muda - Datuk Rizalman @rizalmanmokhtar @TengkuAdnanReal


Selama dua hari akan berlangsung proses pengadilan peringkat akhir berkaitan pertuduhan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya. Proses ini akan melibatkan 5 orang panel Hakim yang akan membuat penilaian dan keputusan ke atas rayuan Anwar yang diwakili seramai 14 orang peguambela.

Saya tidak mahu mengulas soal keputusan mahkamah sebab saya tidak begitu arif dalam soal perundangan dan biarlah mahkamah yang menentukan keputusannya.

Lot Kedai Chow Kit Ditambah Tapi Jangan Sewakan Pada Pendatang Asing Pula

Hampir 500 lot kedai ditambah dalam projek naik taraf Pasar Raja Bot atau lebih dikenali sebagai Pasar Chow Kit sekali gus mampu menawarkan lebih banyak peluang perniagaan.

Timbalan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB), Datuk Seri Mat Shah Sapuan berkata, kira-kira 1,200 peniaga sedia ada turut disediakan ruang secukupnya supaya lebih selesa.

Sudah Tamat Hayat Anwar Berpolitik - Syed Ali


Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menjelaskan hayat politik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sudah berada di penghujung jalan.

"Jangka hayat politiknya sudah berkubur," tegas beliau sambil membidas Anwar yang masih lagi mumutarbelitkan fakta liwat untuk mempengaruhi pemikiran rakyat.

Selepas 'ketiadaan' Anwar kata beliau, senario politik di negara ini diharap tidak lagi tercemar dengan budaya politik songsang.

Sekolah Satu Aliran Masyarakat Bukan Melayu Tidak Harus Risau - Dato' Dr Shafei Abdullah


Pelaksanaan sistem sekolah satu aliran dilihat sebagai amat penting bagi memupuk semangat perpaduan di antara masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Dato' Dr. Mohd. Shafei Abdullah berkata, langkah itu berupaya memecahkan sentimen perkauman yang semakin menebal khususnya dalam kalangan generasi muda.

Tapak Projek Brmasalah Punca Banjir Kilat Di Ibu Negara - Datuk Bandar #DBKL


Semua pemaju projek diberi amaran supaya tidak menjadi punca kepada kejadian banjir kilat setiap kali hujan lebat di ibu negara.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, pihaknya mendapati tapak-tapak pembinaan yang tidak mempunyai sistem tebatan banjir yang baik serta longkang tersumbat menyebabkan banjir kilat.

Akta Kebankrapan 1967 Bakal Diganti - Nancy Shukri


Kerajaan sedang menggubal akta baharu bagi menggantikan Akta Kebankrapan 1967 (Akta 360) yang bertujuan memperbaiki kelemahan sedia ada dan membela kepentingan semua pihak termasuk penjamin sosial.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, menerusi akta baharu itu, kerajaan tidak mahu pihak pemiutang se­perti bank mencari jalan mudah dengan mengejar seseorang penjamin sebelum menuntut bayaran daripada peminjam.

Perhimpunan Agung UMNO 2014 Janjikan Kemudahan Dan Suasana Terbaik @NajibRazak @TengkuAdnanReal

Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang akan berlangsung 25 hingga 29 November ini menjanjikan suasana serta kemudahan terbaik kepada semua pihak khususnya pengamal media yang akan berkampung sepanjang perhimpunan agung UMNO yang akan berlangsung bulan depan.

Setiausaha Kerja UMNO Malaysia Datuk Wira Ab Rauf Yusoh berkata kaedah penambahbaikan pada tahun ini mengambil kira beberapa pandangan dan perkara yang telah dilontarkan pelbagai pihak tahun lepas.

“Pihak urusetia telah mengambil langkah-langkah baru bagi melicinkan lagi perhimpunan agung UMNO pada tahun ini. Langkah pertama kita akan adakan sebuah ‘base hospital’ sementara di Laman Merdeka, Aras 4 bagi memudahkan sebarang urusan kesihatan.

Apa Kata Ustaz Fathul Bari Berhubung Isu Pegang Anjing


Bersikap ihsan kepada haiwan sememangnya satu tuntutan dalam Islam termasuk berlaku ihsan ke atas Anjing. Telah terbukti di dalam hadith yang sahih seorang pelacur tua telah dimasukkan ke dalam syurga kerana memberi minum seekor anjing yang kehausan.

"Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu." [Hadith Riwayat al-Bukhari di dalam kitab Shahihnya, hadis no: 3467]

Anggota Polis, Pembantu Penguatkuasa DBKL Didakwa Rasuah


Dua anggota polis dan dua pembantu penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) antara lima lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan meminta dan memperoleh rasuah berjumlah RM4,600, antara 2012 dan tahun lalu.

Lans Koperal Muhammad Nazruldin Chee Chau Vui, 34, Sarjan Shaharuddin Abdul Shukor, 54, dan dua kakitangan DBKL terbabit iaitu Mohd. Nasir Danuri, 45, Mohamad Rezuan Chan, 41, serta bekas pembantu penguat kuasa DBKL, Ja'affar Ibrahim, 57, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan masing-masing.

Kelakar Sangat Dalam DAP Pun Ada Pengundi Hantu?


Pendaftar Pertubuhan (ROS) perlu menyiasat kehadiran pengundi hantu di dalam 120 cawangan DAP yang masih tidak berdaftar tetapi mengikuti pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti tersebut.

Bekas Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Das berkata, ROS perlu menjalankan siasatan ke atas senarai nama pengundi berkenaan dengan segera bagi menyelesaikan isu pengiktirafan CEC DAP.

PAS U Turn Lagi Kata Nak Laksanakan Hudud Pula Di Kelantan


Kerajaan Pas Kelantan akan tetap melaksanakan hukum hudud atau Kanun Jenayah Syariah II di negeri ini walaupun mendapat tentangan daripada orang bukan Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud menegaskan, Pas tidak akan tunduk dengan sebarang desakan sebaliknya yakin undang-undang Islam itu akan dilaksanakan tahun depan.

#DBKL Merancang Tanah Perkuburan Baru Kuala Lumpur Di Ladang Bukit Jalil


Sebuah penempatan setinggan seluas 6.8 hektar di Ladang Bukit Jalil di sini, akan dibangunkan sebagai kawasan perkuburan Islam ekoran masalah kekurangan tanah kubur di ibu negara.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan berbincang dengan penduduk di kawasan terbabit berhubung pemindahan mereka sebelum ia dibangunkan.

Majlis Sentuhan Kasih, Yayasan Wilayah Persekutuan


Menteri WP, Tengku Adnan merangkap Pengerusi YWP hari ini menyempurnakan Majlis Sentuhan Kasih, YWP dengan penyampaian sumbangan sebanyak RM135,000 kepada 

150 Pelajar Cemerlang OKU
21 buah Sekolah Pendidikan Khas
10 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti
21 Atlet Sukan OKU Berjaya
4 Usahawan OKU Berjaya
Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan WP

Nasihat PM Tepat, MCA Kena Tunjuk Kerja & Jangan Meminta-Minta - Syed Ali

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali AlHabshee menegaskan, nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa merasmikan Perhimpunan Agung MCA di Wisma MCA Kuala Lumpur semalam, bahawa parti itu tidak boleh meminta-meninta kepada Barisan Nasional (BN) tetapi menyokong Pakatan Rakyat adalah tepat dan kena pada masanya.

Kata Syed Ali, MCA kena tunjuk prestasi kerja dan jangan bersikap meminta-minta sehingga meresahkan anggota UMNO. Apa yang dikatakan Perdana Menteri tentang persepsi orang Cina banyak ‘bermain wayang’ dan menjadi ‘duri dalam daging’ sudah dapat dijejak sejak Pilihan Raya Umum Ke 12 (PRU 12 dan Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU 13).

Kuala Lumpur Masih Selamat - Datuk Bandar


Kejadian letupan bom di Bukit Bintang di sini, pada Khamis lalu tidak akan menjejaskan keyakinan warga kota dan pelancong asing terhadap tahap keselamatan di ibu negara.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Thalib berkata, beliau yakin Kuala Lumpur selamat untuk dikunjungi dan orang ramai tidak perlu panik dengan insiden yang dipercayai berpunca akibat pertembungan antara kumpulan gengster dan kongsi gelap itu.

Kerajaan Diminta Mengkaji Semula Takrif & Ukuran Pendapatan Miskin Bandar - Datuk Ahmad Fauzi


Kerajaan diminta mengkaji semula takrif dan ukuran pendapatan miskin bandar di negara ini bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai golongan itu berdasarkan taraf kehidupan mereka.

Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari berkata, kajian itu perlu kerana profil kemiskinan bandar telah bertukar sepanjang tempoh lima hingga 10 tahun ini berdasarkan perubahan dan beban kos sara hidup yang tinggi.

Virus 5B Bakal Musnahkan PAS - Datuk @ZainalRafique @TengkuAdnanReal


Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Zainal Rafique berkata, pergolakan dalaman serta perpecahan yang berlaku di dalam PAS hari ini membuktikan bahawa kerjasama mereka dengan DAP dan PKR hanyalah memudaratkan parti tersebut berbanding ketika Pas bergerak secara bersendirian sebelum ini.

Apa yang lebih menyedihkan, menurut beliau lagi, sindrom 3B iaitu Buli, Broker dan 'Barua' hari ini merupakan satu virus yang sedang menular di dalam PAS yang mampu menghancurkan perpaduan dalam kalangan pimpinan dan ahli parti itu sendiri.

Tahniah Tan Sri Zulhasnan Rafique Dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah


Sekalung tahniah diucapkan kepada Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Tan Sri Zulhasnan Rafique yang telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PHD) oleh Kolej Universiti GEOMATIKA.

Beliau juga telah dilantik sebagai Canselor di kolej universiti berkenaan.

Anwar Kena 'Cermin Diri' Sebelum Cari Salah Khalid Ibrahim - Syed Ali @TengkuAdnanReal


Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali AlHabshee menasihatkan, Anwar Ibrahim mencermin diri sendiri sebelum mencari kesalahan bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim. 

Kata Syed Ali, ternyata Anwar cuba mengalih perhatian rakyat dengan perbicaraan kes liwat 11 nya dijangka pada 28 dan 29 Oktober ini dengan mencari salah Khalid. Selain itu Anwar turut disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 dalam satu perhimpunan di Gombak pada 2011.

#Bajet2015 Perlu Impak Kepada Golongan Muda - @AzwanBro


Pemuda UMNO melalui Naib Ketua Pemudanya Saudara Khairul Azwan Harun mahu #bajet2015 yang bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai Menteri Kewangan pada Jumaat ini mampu menjelaskan tujuan dan objektif penjimatan subsidi petrol.

Saudara AzwanBro juga menyarankan kesesuaian perincian mendalam ke mana akan disalur kelak.

Pembekuan Akaun Bank Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Di Parlimen Bandar Tun Razak - Rizalman @NajibRazak @tengkuadnanreal @rizalmanmokhtar


Umum mengetahui YB Tan Sri Khalid Ibrahim merupakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak selama 6 tahun dan dalam masa yang sama Menteri Besar Selangor atas tiket Parti Keadilan Rakyat.

Antara sumbangan beliau sebagai Ahli Parlimen selain bantuan lembu korban ialah melaksanakan SMUE untuk membantu golongan usia emas tertentu yang saya sendiri tidak tahu bentuk bantuan dan jumlah penerimanya.

Abaikanlah berapa orang yang menerima dan apa bentuk bantuannya kerana itu bukan isu pokok.

Pemuda UMNO WP Bidas Nik Abduh @khairykj @razlanrafii


Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Rafii membidas kenyataan Ahli Parlimen PAS Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz kononnya parti tersebut merupakan pembuli PAS paling lama dalam sejarah negara.

Sebaliknya, Razlan mahu pemimpin PAS ingat balik bagaimana parti tersebut dipermainkan oleh rakan mereka dalam pakatan pembangkang yang diibaratkan beliau 'tidur sebantal tapi mimpi lain-lain'.

Pemuda UMNO Kecam Kebiadapan Alvin Tan @KhairyKj @razlanrafii @NazirHussin79


Pergerakan Pemuda UMNO mengecam perbuatan kurang ajar blogger kontroversi, Alvin Tan menghina pemimpin negara termasuk Perdana Menteri dengan kata-kata kesat dan memaki Umno dalam laman sosial Facebook.

EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, perbuatan lelaki itu bukan sahaja sangat keji dan tidak bermoral, malah boleh memudaratkan rakyat di negara ini.