Perkara ini ditegaskan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali AlHabshee sebagai mengulas kenyataan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang menasihatkan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali agar PAS hanya diberikan ‘consolation seats’ dalam barisan exco negeri itu kerana tidak memberikan sokongan kepada calon MB PKR sebelum ini, Wan Azizah.
PAS Bacul, Ambil 'Sikap Melukut Di Tepi Gantang' - Syed Ali
Perkara ini ditegaskan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali AlHabshee sebagai mengulas kenyataan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang menasihatkan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali agar PAS hanya diberikan ‘consolation seats’ dalam barisan exco negeri itu kerana tidak memberikan sokongan kepada calon MB PKR sebelum ini, Wan Azizah.
Proses Pengundian #PRKPengkalanKubor Berjalan Lancar Setakat Jam 11 Pagi #PengkalanKubor #KlateMove
Sebanyak 11 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan sebanyak 23,929 orang pengundi biasa menunaikan tanggungjawab mereka.
Kesemua pusat mengundi itu akan ditutup pada pukul 5 petang ini.
Penjumlahan undi dijangka bermula sebaik pusat mengundi ditutup dan akan dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Biji Wangsa di sini.
Tabung Haji Nafi Pertambahan Kuota #Haji #Malaysia Berikutan Isu EBola
Dimaklumkan bahawa Bahagian Hal Ehwal Korporat telah membuat penjelasan dalam facebook TH dan laman web.
Penjelasan adalah seperti berikut:-
Ahli Parlimen (DAP) Kuching Dikecam, PAS 'Keldai Politik' PKR, DAP
Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-60 tidak lebih hanya sandiwara PAS untuk menarik simpati rakyat terhadap parti itu. Ini adalah kerana rakyat sudah muak dengan tindak tanduk PAS yang kerap kali beretorik bila mengadakan muktamar tahunan parti itu.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menegaskan muktamar PAS tidak lebih hanya sebagai wayang untuk menutup segala kelemahan kepimpinan dalam parti itu. Selain itu katanya, PAS akan terus menjadi ‘keldai politik’ PKR dan DAP kerana sikap pengecutnya.
Akademi Bas Rapid Hasilkan Pemandu Berkualiti #RapidKL @MyRapidKL
Dalam merealisasikan aspirasi berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bas, Dato’ Ir. Zohari Sulaiman berkata akademi, yang terletak di Kompleks Rapid Bus Cheras Selatan itu, bukan saja akan meningkatkan kerjasama dengan pusat-pusat pengajian tinggi, tetapi juga dengan pemain-pemain utama dalam industri pengangkutan awam.
Anwar Kaki Putar Alam Berhubung Isu Menteri Besar Selangor - Syed Ali
Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim sebenarnya ‘kaki putar alam’ dan rakyat semakin memahami sejauh mana penipuan politik yang cuba dilakukan dalam krisis Menteri Besar (MB) Selangor.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyifatkan tindakan Anwar dan Lim Guan Eng memohon ampun Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak lebih hanya sandiwara atau lakonan politik semata-mata untuk menutup mata rakyat.
Menteri Sanggah Saifuddin Abdullah Berhubung Draf Akta Harmoni Nasional @NajibRazak @TengkuAdnanReal @mpkotabelud
Berikut adalah kenyataan yang diambil daripada posting Datuk Abdul Rahman Dahlan di Facebook.
Saya kurang bersetuju dengan sahabat saya Datuk Saifuddin Abdullah, Pengerusi Global Movement of Moderates yang dipetik berkata bahawa rang undang undang Harmoni Nasional yang ditulis oleh Majlis Konsultatif Perpaduan Negara dan dibantu oleh Majlis Peguam Malaysia, bakal menggantikan Akta Hasutan.
Beliau dan Majlis Peguam Malaysia juga didapati telah mendedahkan kandungan deraf itu kepada umum.
.jpg)
Persidangan Bahagian Jadi Bukti UMNO Parti Demokratik
Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan berkata, setakat ini hampir 50 peratus bahagian UMNO di seluruh negara telah pun berjaya mengadakan persidangan termasuk sayap pemuda, wanita dan puteri empat peringkat di bahagian masing-masing.
Menurut beliau, persidangan bahagian yang diadakan pada setiap tahun dengan jayanya ini merupakan satu pentas demokarasi yang subur memandangkan setiap perwakilan sayap dan bahagian dapat memberikan idea dan cadangan untuk diajukan kepada kepimpinan peringkat negeri dan pusat.
Kerajaan Digesa Sediakan Tanah Untuk Pemaju Bangunkan Rumah Mampu Milik @NajibRazak @Khairykj @tengkuadnanreal @razlanrafii
Kerajaan disaran menyediakan tanah miliknya dalam bandar kepada pemaju perumahan awam untuk dimajukan sebagai projek perumahan kepada rakyat terutamanya kepada golongan muda di bandar.
Ketua Pemuda Umno Bahagian Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata langkah itu adalah lebih baik daripada menjualnya kepada pemaju swasta bagi membina rumah mampu milik.
Antara Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Dan Unit Amal PAS @rizalmanmokhtar @tengkuadnanreal
Suka saya tegaskan di sini agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempusatkan dahulu perkara pokok iaitu isu PPS dan banyak lagi Pertubuhan tidak berdaftar dalam usaha menegakkan undang-undang tanpa mengira batasan.
Melibatkan dan mengaitkan Unit Amal PAS dalam isu ini, saya berpendapat ianya satu kenyataan yang bersifat populis di mata ahli UMNO dan dalam masa yang sama dilihat beremosi politik.
Langgan:
Catatan (Atom)