Beberapa Jalan Raya Ditutup 29 - 31 Ogos 2014 Sempena 'Memori Chow Kit Road 2.0'


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup beberapa jalan bagi penganjuran 'Memori Chow Kit Road 2.0' di sini pada 29 hingga 31 Ogos ini.

Menurut jurucakap DBKL, acara itu akan diadakan seperti biasa kerana pihaknya tidak menerima sebarang notis bagi membatalkan pertunjukan itu.

"Kita akan mula menutup Jalan Tuanku Abdul Rahman dari persimpangan Jalan Dang Wangi hingga Jalan Essahan yang kedua-duanya berada di sebelah kompleks beli-belah Sogo bermula pukul 12 tengah malam pada 27 Ogos hingga pukul 2 petang 1 September.

Al-Fatihah : Mantan Mufti Wilayah Persekutuan Meninggal Dunia


Datuk Hj Md Hashim Yahaya telah koma selama dua tahun akhirnya menghembuskan nafas terakhir hari ini 27 Ogos 2014 pada jam 1.50 petang tadi.

Cadangan Pemuda UMNO WP Dibawa Ke Pengetahuan PM - @khairykj @razlanrafii


Kerajaan dicadang membangunkan projek bandar belia di pinggir Lembah Klang membabitkan pembinaan rumah mampu milik berharga di bawah RM150,000 untuk mengatasi masalah kesukaran memiliki rumah yang dihadapi golongan itu.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, memorandum berhubung cadangan itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbang dimasukkan di dalam Bajet 2015 yang akan dibentang kelak.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, sekiranya diterima, projek perumahan rakyat (PPR) dan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) boleh dibangunkan secara tertumpu di kawasan berkenaan untuk dimiliki golongan muda yang masih bujang dan sudah berkahwin.

Jentera Penerangan Pemuda Akan Digerakkan Awal Di Pengkalan Kubor


“Kita akan susun jentera penerangan Pemuda UMNO lebih awal,” itu jaminan Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar.

Tambahnya, pendekatan dan gerakkerja ini perlu disusun lebih awal dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor bagi memastikan kerusi berkenaan kekal milik Barisan Nasional (BN).

Teksi Uber Beroperasi Tanpa Permit & Lesen Perniagaan


Gabungan Persatuan dan Syarikat-Syarikat Teksi Semenanjung Malaysia (Gabungan) berkata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu segera menangani isu itu. 

"Syarikat ini bergerak licik kerana tidak mempunyai lesen perniagaan dan pejabat di Malaysia tetapi ia beroperasi di seluruh dunia secara online di internet dan menggunakan aplikasi telefon pintar.

"Yang membimbangkan perkhidmatan 'Uber' tidak mempunyai permit teksi yang dikeluarkan SPAD dan dipercayai pemandunya tidak mempunyai lesen memandu kenderaan awam (PSV)

Nyaris Nyawa Melayang, MRT Kena Ikut Piawaian Keselamatan


Sudah tiba masanya pihak berkuasa lebih tegas dan mempastikan segala kerja-kerja pembinaan MRT mengikuti langkah-langkah keselamatan yang tinggi bagi mengelakkan perkara-perkara yang tak diigini berlaku.

Khalid Ibrahim Diingat Jangan Aniaya Penduduk Bandar Tun Razak


Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim diingatkan supaya tidak melupakan nasib penduduk kawasan parlimen ini yang telah lama ditinggalkan semenjak timbulnya kemelut perebutan kerusi Menteri Besar Selangor tercetus.

Menurut Datuk Rizalman, gesaan ini timbul apabila Khalid dilihat semakin hilang fokus mengurus kehendak rakyat di Bandar Tun Razak kerana tempoh 6 tahun yang diberikan kepadanya gagal dimanfaat sama sekali.

Al-Fatihah : Datuk Noor Zahidi Omar Meninggal Dunia


Adun Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser pada jam 5.45 pagi tadi.

Allahyarham yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan meninggal di Ghuangzhou, China ketika mendapat rawatan.

Teguran Tun Mahathir Ibarat Seperti Bapa & Anak - Syed Ali


Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berpendapat teguran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan teguran seorang bapa kepada anaknya.

“Jika ada teguran, ia bukan satu bentuk kebencian tetapi peringatan kearah penambaikan parti dan pentadbiran kerajaan,” katanya.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu berkata, beliau tidak fikir Dr. Mahathir, seorang negawaran dan bekas presiden parti berniat sebaliknya apabila membuat teguran.

“Pada hemat saya, jika Dr. Mahathir tidak sayangkan Najib, sudah tentu dia tidak membuat teguran seperti itu,” ujarnya.

Akhirnya Pemimpin Pembangkang Akui Betapa Kotor Dan Hodohnya Politik Mereka


Pepatah ‘mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih’ amat sesuai dengan tingkah pakatan pembangkang apabila satu persatu tuduhan yang sebelum ini dilemparkan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) terkena batang hidung sendiri.

Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman mengganggap bahawa apa yang berlaku sejak kebelakangan ini ibarat pekung yang terbuka lantaran sekian lama didiamkan malah cuba pula ditutup dengan mencari kesalahan kerajaan semata-mata.

“Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta" Tolak Pihak Bersifat Negatif, Burukkan Negara #Merdeka57


Tema sambutan hari kemerdekaan yang ke-57 tahun iaitu ‘Malaysia: Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’ bertepatan dengan suasana terkini dalam memastikan setiap individu memahami dan menghargai kedaulatan sebuah negara yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum.

Penganalisis politik tempatan, Prof. Datuk Dr Ramlah Adam menganggap bahawa tema tersebut berkait dengan semangat patriotisme iaitu setiap warga negara perlulah mempunyai semangat juang terhadap bangsa dan negaranya termasuklah mempertahankan keselamatan dan kemakmuran yang berterusan.