PR1MA Untuk Keselesaan Penjawat Awam


Kesungguhan kerajaan menangani isu perumahan mampu milik dibuktikan dengan realisasi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia untuk keselesaan rakyat. Dalam hal ini, kerajaan merancang membina rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun ke hadapan dan pada masa seterusnya yang melibatkan Projek Rumah 1Malaysia (PR1MA) dan pelbagai agensi swasta yang lain.

Sehubungan itu, Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah menyempurnakan Majlis Cabutan Undi Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Wilayah Persekutuan Diberikan Pelepasan Am Sempena Nuzul AlQuran #1Malaysia @TengkuAdnanReal


Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mengisytiharkan Hari Nuzul al-Quran sebagai hari kelepasan am bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bermula 2014.

Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan, malam tadi, mengumumkan hari kelepasan am berkenaan sudahpun diwartakan mengikut Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).

Pembangunan Tanah Penjara Pudu @TengkuAdnanReal


Berikut adalah key point yang dipetik dari laman Facebook rasmi Ahli Parlimen Titiwangsa merangkap Pengerusi UDA, YB Datuk Johari Abdul Ghani berkenaan pembangunan tanah Penjara Pudu

1. UDA memberi jaminan akan membangunkan Bukit Bintang City Centre yang bernilai RM7 Billion dengan memastikan penyertaan minimum 50% Bumiputera dalam projek pembangunan Penjara Pudu.

Tiada Kenaikan Kadar Baharu Cukai Pintu #DBKL #TerimaKasih @TengkuAdnanReal



Kenaikan kadar baharu cukai pintu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan dihadkan kepada hanya 10 peratus bagi unit kediaman dan 25 peratus bagi premis komersial.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, keputusan tersebut merupakan hasil penilaian semula ke atas pegangan unit hartanah di ibu kota yang dilaksana DBKL sejak tahun lepas.

Katanya, keputusan mengehadkan kadar cukai taksiran bagi tahun 2014 dibuat selepas dipersetujui oleh Kabinet pada mesyuarat dua minggu lepas.

6 Faktor Pegangan Sebagai Kekuatan #UMNO @NajibRazak @TengkuAdnanReal @Zahid_Hamidi @MyPatJournal @MyPatCheras


Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan enam faktor yang perlu menjadi pegangan setiap ahli UMNO untuk memastikan parti itu dan orang Melayu kekal kuat serta berkuasa di negara ini.

Beliau berkata, faktor pertama adalah ketaatan kepada Allah SWT dan Rasul serta mematuhi arahan pemerintah dalam apa sahaja keputusan demi kebaikan setiap lapisan rakyat Malaysia.

Menurut beliau, faktor kedua adalah kesetiaan kepada negara dan parti yang perlu diterjemahkan pada setiap pilihan raya dengan memberi kemenangan kepada calon yang telah dipilih.

Perdana Menteri Nafi Perletakan Jawatan Timbalan Perdana Menteri #1Malaysia @NajibRazak @MuhyiddinYassin


Selepas desas desus dalam media sosial bertebaran kononnya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan bakal meletakkan jawatan dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada UMNO, tuan empunya badan semalam kembali menafikan dakwaan tersebut menerusi sidang akhbar.

Hari ini pula Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak pula menafikan khabar angin tersebut melalui kenyataan akhbar yang disebarkan di laman-laman sosial lewat petang ini.

#DBKL Bakal Umum Kadar Cukai Pintu 24 Jun Ini #KualaLumpurCeria @TengkuAdnanReal


Kadar baharu cukai pintu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dijangka diiumumkan kepada penyewa dan pemilik hartanah di ibu negara pada 24 Jun ini.

Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan DBKL, Datuk Normah Malik berkata, pengumuman mengenai kadar itu akan dibuat oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu majlis di Bangsar.

Nasib Mangsa² Kebakaran Kg Chubadak Dibela UMNO WP @TengkuAdnanReal @NajibRazak


Kejadian kebakaran yang berlaku di Kg Chubadak, Sentul pada hari Jumaat minggu lepas telah menyebabkan lebih 20 keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka hangus terbakar. Biro Kebajikan di bawah Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan (BPUWP) pantas menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa.

Rujuk di sini sumbangan yang disampaikan oleh Biro Kebajikan UMNO WP melalui Ketua UMNO Bahagian Batu, YB Senator Datuk Yahaya Mat Ghani.

Huru Hara Warga Kuala Lumpur Diperlakukan Oleh Kerajaan Selangor @NajibRazak @TengkuAdnanReal

Semalamn Ahli Parlimen Titiwangsa memanaskan punggung kerajaan negeri Selangor dengan mencadangkan kepada kerajaan Persekutuan untuk Kuala Lumpur & Putrajaya mengendalikan aset air secara persendirian tanpa bergantung kepada kerajaan negeri Selangor.


Berikut soalan Datuk Johari Abdul Ghani kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Oleh kerana ini adalah salah satu daripada kegagalan kerajaan Selangor untuk menerima pakai cadangan yang dibuat oleh kerajaan Persekutuan untuk membina Langat Dua pada tahun 2008 - 2009.

Jadi persoalan saya adalah, dalam proses kerajaan persekutuan menstruktur semula aset aset air ini, bolehkah kerajaan persekutuan memikirkan supaya Wilayah Persekutuan dan Putrajaya ini mengendalikan air mereka secara sendiri termasuklah aset aset yang hendak di strukturkan, disimpan oleh Wilayah dan Putrajaya supaya kita boleh mengendalikan air kita sendiri.

Ini kerana kita sudah tidak boleh bergantung dengan kerajaan negeri Selangor yang telah menghuru harakan penduduk Kuala Lumpur selama tiga tahun setengah tentang isu air ini.


Like FB beliau - Datuk Johari Abdul Ghani

Percuma Lihat Panda Gergasi Di #ZooNegara? @NajibRazak


Orang ramai mungkin diberi kemasukan percuma untuk melihat pasangan panda gergasi di Zoo Negara bagi tempoh sebulan, selepas ianya diberi nama baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 25 Jun ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel berkata, beliau akan mengemukakan cadangan tersebut kepada pihak zoo sebagai meraikan kehadiran panda jantan Fu Wa dan panda betina Feng Yi di negara ini dari Chengdu, China.

"Saya akan bercakap dengan Presiden Zoo Negara (Datuk Seri Zaharin Md Arif) bagi membolehkan kemasukan percuma kepada orang ramai untuk sebulan.

Kaji Semula Tarif Kemiskinan - Datuk Ahmad Fauzi #1Malaysia @TengkuAdnanReal @NajibRazak


Kerajaan disaran menaikkan kadar tarif kemiskinan untuk mereka yang layak menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membolehkan golongan miskin bandar turut sama dibantu.

Menurut Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari masih ramai warga kota yang berpendapatan cuma RM1,200 sebulan dan tidak mampu menampung perbelanjaan keluarga gagal memohon bantuan daripada JKM.

Tahniah Biro Kebajikan BPUWP, Bantuan Segera Legakan Mangsa Kebakaran @TengkuAdnanReal @NajibRazak



Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah istilah yang boleh diibaratkan kepada mangsa² kebakaran di Kg. Chubadak Jaya yang tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka hangus dijilat api.

TAHNIAH Kontinjen Wilayah Persekutuan Juara Keseluruhan SUKMA @TengkuAdnanReal


Wilayah Persekutuan dinobat sebagai kuasa baharu sukan negara apabila muncul juara keseluruhan menerusi 55 pingat emas, 38 perak dan 49 gangsa, menewaskan juara empat kali, Terengganu di tempat kedua dengan 51 emas, 55 perak dan 31 gangsa.

Pada Sukma kali ini seramai 1,452 atlet pelapis mewakili negeri masing-masing dan kebanyakan mereka adalah penyumbang utama pingat emas.

Yammy Diberi Surat Tunjuk Sebab Bantu Kempen DAP @TengkuAdnanReal


14 hari tempoh yang diberikan oleh UMNO melalui Lembaga Disiplin UMNO kepada ibu calon DAP di Pilihanraya Teluk Intan, Yammy Samat.

Ahli UMNO Veteran itu diberikan surat tunjuk sebab kerana menjelaskan kepada UMNO mengapa beliau membantu kempen calon DAP dan beliau juga perlu memberikan sebab munasabah mengapa beliau tidak boleh digantung keahliannya atau dipecat keahlian dari UMNO.

PM @NajibRazak Saman MalaysiaKini #1Malaysia


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman terhadap portal berita propembangkang, Malaysiakini berhubung penerbitan dua artikel berunsur fitnah bertajuk 'A case of the PM reaping what he sows' dan 'How much will Najib spend to keep Terengganu'.

Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi di sini pada 30 Mei lalu oleh Najib atas kapasiti peribadi beliau dan dinamakan sebagai plaintif kedua sementara Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh bagi pihak UMNO bertindak sebagai plaintif pertama.