Hebat Pemuda UMNO Didakwa Bakar Pusat Gerakan DAP #PRKTelukIntan


Sejak malam semalam, pihak Red Bean Army (RBA) telah membuat provokasi dan publisiti murahan untuk memburuk-burukkan UMNO dengan menyebarkan fitnah bahawa Pemuda UMNO telah membakar Pusat Gerakan DAP di Changkat Jong semalam. Fitnah ini bertujuan bagi membangkitkan kemarahan pengundi-pengundi PRK Teluk Intan.

Malaysia Desak Siasatan Terperinci Kes Pelajar Dirogol #1Malaysia


Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia mendesak agar siasatan terhadap kes seorang pelajar Malaysia di Universiti Padjajaran (Unpad) di Jatinangor, Bandung yang disyaki diculik, dirompak dan cuba dibunuh pada 16 Mei lepas, diselesaikan segera.

Duta Besar Malaysia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, siasatan itu perlu diselesaikan secepat mungkin bagi mengelak pihak tertentu membuat andaian atau spekulasi terhadap kes berkenaan.

Pemuda UMNO WP Kecam Kebiadapan DAP @NajibRazak @KhairyKj @TengkuAdnanReal


Lebih 200 ahli Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan berhimpun di hadapan ibu pejabat DAP, di Jalan Pudu di sini, hari ini bagi membantah tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Delima, RSN Ra-yer menyebut ‘UMNO celaka’ dalam sidang DUN Pulau Pinang pada Selasa lalu.

Kekecohan turut tercetus ketika kumpulan yang diketuai oleh Ketua Pemuda Negeri Wilayah Persekutuan, Mohd. Razlan Muhammad Rafii cuba memasuki perkarangan bangunan yang dikawal ketat oleh Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk menyerahkan memorandum bantahan berkenaan penghinaan tersebut.

Melayu Bertuankan DAP Sememangnya Pengkhianat Melayu - Syed Ali #PRKTelukIntan


Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabsheemendakwa perjuangan politik DAP tetap berteraskan kepentingan orang Cina dan menafikan hak dan kedudukan orang Melayu di negara ini.

Oleh sebab itu tegas beliau, mana-mana orang Melayu yang menyertai DAP boleh disifatkan sebagai pengkhianat dan petualang kepada bangsanya sendiri.

“Hanya orang Melayu yang tidak bermaruah sahaja yang sanggup bersekongkol dengan DAP,” tegasnya.

Lagi pun kata beliau, tidak ada sebab mengapa perlu bagi orang Melayu menyokong dan menyertai DAP, parti rasis yang hanya memperjuangkan kepentingan kaum tertentu sahaja.

5 Agensi Atasi Kesesakan Di #KualaLumpur #1Malaysia @TengkuAdnanReal


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bekerjasama dengan empat agensi di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBos) bagi meningkatkan sistem pengurusan lalu lintas di ibu negara yang menerima kemasukan kira-kira 2.4 juta kenderaan setahun.

Agensi yang akan membantu dalam mencari penyelesaian terbaik dalam mengatasi masalah kesesakan di Kuala Lumpur itu ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Star Radio Group.

Tahniah Utusan Malaysia Prihatin Masalah Gelandangan #1Malaysia @utusan_malaysia


Semuanya bermula selepas jurugambar Utusan Malaysia, Amir Hafiz Abd. Rahman ternampak kelibat empat kanak-kanak gelandangan sedang bermain di bawah jambatan di Lebuh Pasar Besar di sini pada minggu lalu.

Selepas dia menghampiri kanak-kanak tersebut dan bertanya lebih lanjut maka terbongkarlah kisah hidup kanak-kanak berkenaan bersama ibu bapa mereka yang mendiami kawasan itu sejak Jun tahun lalu.

Kesempitan hidup memaksa keluarga ini hidup gelandangan dengan bergantung harap kepada ihsan orang ramai untuk memberi sesuap nasi bagi mengisi perut.

Hari Ini Puji Mahkamah Adil, Esok Teriak Semula Kata Mahkamah Menipu #1Malaysia @NajibRazak @razlanrafii


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii hari ini menempelak sikap double standard penyokong PR yang kononnya bersyuku apabila mahkamah dikatakan menyebelahi mereka setelah dilepaskan dari kes berhimpun semasa Perhimpunan Haram Bersih tahun 2008 yang lalu.

Tetapi sudah pasti mereka yang gembira hari ini akan melaungkan pelbagai perkataan tidak elok kedengaran apabila hukuman terhadap Anwar Ibrahim dijalankan kelak. Suara² sumbang akan kedengaran memperlekehkan keputusan mahkamah yang dituduh menyebelahi pihak kerajaan pula.

DAP Perlu Jawab Isu Ketelusan CEC #1Malaysia


Pucuk pimpinan tertinggi DAP diminta tampil memberi penjelasan dan menjawab pelbagai persoalan berhubung ketelusan parti itu dalam menjalankan pemilihan Jawatan­kuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang dibangkitkan oleh beberapa bekas ahlinya.

Ketua Biro Pengaduan dan Per­khidmatan Awam MCA, Jason Teoh Siew Hock berkata, pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) juga perlu bertindak untuk menyiasat perkara itu dan jangan membiarkannya begitu sahaja.

#BonekaDAP : Dyana Jual Maruah Melayu Di Teluk Intan - Syed Ali #1Malaysia


Pencalonan Dyana Sofya Mohd. Daud sebabagi calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Perak pada 31 Mei ini merupakan strategi halus parti itu untuk memecahbelahkan perpaduan orang Melayu, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Menurut beliau, DAP mengambil kesempatan mencalonkan Dyana bagi menunjukkan parti itu mengamalkan konsep berbilang kaum sedangkan pada hakikatnya masih tebal dengan dasar perkauman.

Lebuhraya Baru Di #KualaLumpur Mudahkan Lebih 40,000 Pengguna #1Malaysia @NajibRazak @Rosnah_ARS @TengkuAdnanReal


Pengguna di laluan Sambungan Le­buh Raya Sungai Besi (BEE) di sini yang dibuka secara percuma sejak bulan lalu mula dikenakan bayaran tol mulai tengah malam tadi.

Ketua Pegawai Operasi Besraya (M) Sdn. Bhd., Wan Salwani Wan Yusoff berkata, kadar tol telah diputuskan oleh Lembaga Le­buhraya Malaysia (LLM) selepas mengambil kira pelbagai aspek daripada pembinaaan lebuh raya itu.

Kondominium Pilihan Warga Kota #KualaLumpurCeria


Permintaan terhadap unit kediaman mewah iaitu bagi kategori harga melebihi RM500,000 di ibu negara terus meningkat sejak empat tahun lalu.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ia menunjukkan permintaan bagi kediaman mewah masih popular, terutamanya bagi kondominium atau pangsapuri yang menguasai kira-kira 13.6 peratus daripada jumlah transaksi hartanah tahun lalu.

Hayati Perjuangan Dengan Terus Berkhidmat Untuk Rakyat #1Malaysia @TengkuAdnanReal


Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru semua ahli-ahli UMNO di setiap peringkat untuk meraikan sambutan hari UMNO ke-68 dengan memperingati perjuangan parti.

Katanya program berkenaan bukanlah khusus kepada anggota UMNO sahaja tetapi juga memberi implikasi kepada masyarakat tempatan khususnya untuk mengenang kembali perjuangan negara dan bangsa Melayu dan selain mengingati para pemimpin lalu.

#Terengganu : Tidak Wajar Tunding Jari Kepada Tengku Adnan @TengkuAdnanReal


Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menegaskan, adalah tidak wajar menunding jari kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung kemelut politik di Terengganu.

Beliau berkata, pertukaran Menteri Besar di negeri berkenaan merupakan perkara biasa dan perlu dihormati oleh pemimpin parti.

Katanya, perlantikan atau pertukaran ketua kerajaan negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) terletak kepada budibicara Perdana Menteri setelah mengambil kira pelbagai sudut.

Rizalman Bidas Kenyataan Timbalan Ketua #UMNO Petaling Jaya Utara #1Malaysia @TengkuAdnanReal @rizalmanmokhtar

Merujuk kenyataan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, saudara Mohamad Azli Mohemed Saad dalam Utusan Malaysia hari ini (14 Mei 2014) yang menggesa YBM Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor meletakkan jawatan atas alasan kegagalan menguruskan kontroversi peralihan teraju kepimpinan negeri Terengganu.


Saya berpendapat, kenyataan peribadi yang dibuat saudara Mohamad Azli berkaitan perkara tersebut tidak membantu langsung untuk memulihkan keadaan dan imej UMNO terutama dalam semangat UMNO baru meraikan ulang tahun ke 68.

Sebagai pemimpin parti seharusnya beliau lebih memahami kepentingan untuk setia kepada parti berbanding mempertahankan pemimpin secara peribadi. Kita di peringkat bawahan mungkin tidak mengetahui realiti yang sebenar yang berlaku. Amat tidak wajar beliau terus menjatuhkan hukuman pada Datuk Seri Setiausaha Agung yang saya percaya telah menggunakan semua kaedah yang ada untuk melaksanakan proses peralihan kuasa supaya berjalan dengan lancar dan tidak merosakkan mahupun menyusahkan parti.

670 Perwakilan Veteran #UMNO Akan Hadir Persidangan 10 Mei 2014 #1Malaysia @NajibRazak @TengkuAdnanReal

Persidangan Agung Veteran Umno Ke-6 pada 10 Mei depan adalah yang pertama diadakan secara rasmi dan dijadual disempurnakan Presiden Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Setiausaha Agung Veteran Umno Malaysia Datuk Mustapha Ya’akub berkata, persidangan bakal berlangsung di Grand Ballroom Hotel Regency Kuala Lumpur dan disertai 670 perwakilan dari seluruh negara.

“Seramai 670 perwakilan bakal hadir di mana 470 daripadanya merupakan perwakilan dari 89 bahagian seluruh negara dan 200 ahli veteran Umno dari 10 negeri,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Beliau berkata, persidangan akan disertai veteran-veteran Umno seperti termasuk dua bekas perdana menteri, bekas menteri-menteri dan anggota majlis tertinggi.

Katanya, pada persidangan itu juga timbalan pengerusi Datuk Mohamad Zaid Sirat akan dicabar Datuk Jaafar Hamzah dan Datuk Noordin Yaani.

Tarikh Perhimpunan Agung #UMNO Dipinda - @TengkuAdnanReal #1Malaysia



Tarikh Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan penghujung Oktober telah dipinda kepada tarikh 25 hingga 29 November depan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan bahawa perhimpunan tersebut akan bermula sebagaimana biasa iaitu Taklimat Presiden pada 25 November yang kemudiannya akan diikuti oleh perasmian Perhimpunan Agung pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada sebelah malamnya.

Seterusnya Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO akan berlangsung pada keesokan harinya iaitu 26 November dan diikuti dengan persidangan perhimpunan Agung UMNO 2014 bermula pada 27 November.

DAP Pengamal Tegar Nepotisme, Kronisme & Diktator - Datuk Zainal Abidin #1Malaysia @NajibRazak



Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Zainal Abidin Bin Mohd Rafique menyelar sikap kepimpinan DAP yang gemar menuduh UMNO mengamalkan nepotisme, kronisme dan pentadbiran ala diktator di mana hakikat sebenarnya, parti tersebutlah yang menjadi pengamal tegar kepada amalan nepotisme, kronisme dan diktator di dalam pentadbiran mereka.

DAP katanya boleh diibaratkan seperti si pencuri yang sentiasa menjerit orang lain mencuri.

Menurut beliau, pendekatan politik songsang seperti itu yang menjadi amalan di dalam DAP tidak dapat disembunyikan lagi, dan terbukti apabila jawatan di dalam kepimpinan parti tersebut hanya dikuasai oleh anak beranak dan kaum kerabat dari golongan tertentu di dalam parti tersebut.